Monday, August 1, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Pertamanya, aku ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al Mubharak" kepada ummat Islam yang sedang berpuasa dan akan menyambut puasa untuk tahun ini. Alhamdulillah...dengan izinNya...kita diberikan kerahmatan untuk bertemu sekali lagi bulan mulia ini.

Pada waktu ini, India masih belum diumumkan tarikh untuk berpuasa. Dalam pada waktu kebanyakkan ummat Islam di Asia dan Timur Tengah sudah memulakan ibadah puasa ini (pada hari ini)...kami yang bermastautin di Asia Selatan masih lagi menunggu keputusan pihak berkuasa Islam samada esok atau lusa mungkin baru nak memulakan amalab berpuasa.
Memang dah jadi lumrah kami di sini akan terlewat sedikit berbanding negara lain dalam mengerjakan ibadah puasa mahupun sambutan Idulfitri berbanding saudara Muslim yang lain.

Entahlah...aku masih lagi tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku. Sedangkan kalau dilihatkan dari segi geografinya...India nie kan terletak tengah-tengah antara benua Asia (khususnya Asia Tenggara) dan Timur Tengah. Alih-alih...tang Asia Selatan nie boleh plak lewat berbanding dengan negara lain.

Paling besh...dalam keadaan kebanyakkan negara sudah menetapkan semalam bahawa tarikh berpuasa akan bermula pada hari ini....India baru nak tengok anak bulan pada petang ini. Samalah dengan negara Bangladesh.

Puak-puak syiah sudah pun mula berpuasa sejak semalam. Ada juga satu mazhab di bahagian selatan India sudah menetapkan bahawa tarikh berpuasa akan bermula 2 Ogos (esok) sebelum melihat anak bulan. Warganegara Indonesia yang ada di sini mengikut keputusan dari negara mereka. Tetapi, masyarakat Malaysia di sini mengambil ketetapan akan mengikut keputusan yang dibuat oleh ulamak sunnah wal jamaah dari Masjid Jama di Old Delhi.

Jadi di India nie tidak ada satu standard ketetapan yang akan dijadikan ikutan bagi seluruh umat Islam di sini. Itulah masalahnya setiap tahun bila muncul.

Apa pun, aku doakan kepada anda semua semoga amalan di bulan Ramadhan kali ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Dikesempatan ini juga, aku ingin memohon ampun dan maaf seandainya sepanjangv penulisan aku di sini ada menyinggung perasaan mana-mana pihak. Dan juga, aku doakan semoga segala amalan kita akan diberkati dan diterima olehNya...Insy'Allah...Amin

No comments:

Post a Comment