Wednesday, October 26, 2011

Diwali Datang Lagi

Malam tadi berdentum dentam langit seluruh India dengan bunyi mercun dan bunga api. Kami yang tak meraikan Diwali nie tumpang seronok dengan cahaya bunga api di langit. Mula-mula tu bestlah...Tapi bila dah terrrrlalu banyak sangat sampai asap menyakit rongga hidung...Terus masuk rumah balik. Takut anak-anak plak kena asma kang.

Sempena dengan perayaan terbesar di India nie...meh aku kongsikan serba sikit tentang perayaan nie...

Perkataan Deepavali (orang blah utara India sebut Diwali) merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Hindu (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, pada zaman dahulu Raja Naragasura (seorang pemerintah di India) yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Maha Krishnan meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Dalam budaya masyarakat Melayu, kebiasaannya kita akan memasang pelita pada malam ke 27 atau yang selalu kita panggil Malam Tujuh Likur. Amati balik pada perenggan di atas yang aku taip kat atas, budaya pemasangan pelita yang dinyalakan di rumah adalah lambang atau simbolik kepada meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan. Dalam Islam, Eidulfitri adalah sambutan pada kemenangan setelah kita berjaya mengharungi dugaan nafsu di bulan Ramadhan.

Persoalannya ??? Apakah pemasangan pelita di Malam Tujuh Likur itu sama dengan pemasangan pelita dihari sambutan Deewali ???

Aku pernah tanya ayah aku kenapa kita pasang pelita bila malam tujuh likur nie. Bapa aku jawab, "Malam2 terakhir sebelum pengghujung Ramadhan adalah malam mencari Lailatul Qadar. Jadi kadang2 ramai ahli qariah yang nak buat qiamullail di masjid pada sepertiga malam. dulu2 mana ada lampu jalan. Jadi kite pasanglah pelita bagi tujuan penyuluh kepada mereka-mereka yg nak bjalan ke masjid atau surau. Lagi pun, kita kan si galakkan berziarah bila hari raya. Sebagai tuan rumah, kita mestilah bagi kemudahan kepada tetamu yang nak datang malam. Baru nampak rumah yang nak diziarah..."

Simplekan jawapan ayah aku. Tapi, lojiknya ada.

Tak puas hati ... aku tanya sorang ustaz ... apa hukum pasang pelita pada masa Eidulfitri Jawapan seorang ustaz "Rasullullah bersabda (dalam maksud lebih kurang), Eidulfitri itu hari kemenangan. maka, raikanlah ia. Ustaz tu kata ... Pasang pelita tu tak haram selagi tujuan dan niat kita bukan dengan hasrat untuk meniru apa yang dilakukan oleh penganut hindu. memang pemasangan pelita itu satu bida'ah ... tidak dilakukan semasa zaman Rasullullah. tetapi, selagi tidak memesongkan akidah dan dengan niat untuk tujuan kebaikan orang lain apa salahnya. org2 dulu pun pasang pelita depan rumah, bukan sekeliling rumah. Lagi pun kita pasang pelita pada hari raya bukan Depavali. TETAPI, jangan berlebih2an bila memasang pelita tu. Kerana niat dan tujuannya akan jadi lain nanti"

Kalau di sini, malam Diwali memang meriah dengan rumah2 akan dihiasai dengan lampu disekitar rumah. Sampai satelit dari angkasa pun leh nampak kemeriahan cahaya yang dipasang campur dengan cahaya bunga api yang dimainkan sempena perayaan nie...

Kesimpulannya: Orang2 tue kita dulu2 mengamalkan konsep pasang pelita pada malam tujuh likur nie dah betul dah. untuk tujuan menerangkan jalan-jalan kampung bagi kemudahan orang ke masjid atau nak ziarah rumah ke rumah bila beraya. Tujuan dan niat pemasangan pelita org2 dulu jelas untuk memberikan kemudahan kepada orang lain tanpa menggambarkan simbolik atau erti pada pelita yang dipasang dimalam hari. Tapi, kite je pada masa skang nie yang memesongkan diri sendiri...main nyala jer pelita bila raya. Berhati2 bila korang diajak pasang pelita pada upacara yang berkaitan dengan perayaan agama lain. Ketahui dulu apa cerita disebalik perayaan tersebut.

No comments:

Post a Comment