Monday, May 5, 2014

Setelah Sekian Lamanye...

Assalaamualaikum wa Rahmatullah

Salam Sejahtera

Aku di Kajhuraho, Madya Pradesh (berhadapan kuil yang terkenal dengan Kama Sutra)

Alhamdulillah...diam tak diam...sudah lebih setahun aku kembali ke tanah air dari bumi Indi Yeah !!!

Seriusly...aku masih terasa rindu dan seakan-akannye jiwa keINDIAan aku masih ada dalam diri aku. Mungkin permastautin aku hampir lima tahun di sana membuatkan aku sudah benar-benar sebati dengan cara hidup di sana. Ikhlas aku kata. Setiap detik aku di sini pastinya ada kenangan yang akan muncul dalam ingatan aku pada bumi India. 

Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi mengikuti coretan pengalaman aku di blog nie. Lama sangat aku tak jengok email...nah !!! Ramai yang ingin bertanya cerita-cerita seterusnya dari blog aku nie. In Syaa Allah...selepas berfikir panjang. Aku buat keputusan untuk menyambung cerita-cerita yang pernah menjadi pengalaman aku di sana bagi rujukan mereka yang berhajat untuk ke sana.

Tak kurang juga ada yang tidak berpuas hati dengan hasil tulisan aku khususnya apabila yang melibatkan tentang agama. Aku ambil kesempatan di sini untuk memohon ampun dan kemaafan. Tidak terlintas dalam niat aku untuk menghina, mengeji, merendah-rendah atau apa jua perihal negetif bila membicarakan tentang agama. Aku cuma, menceritakan apa yang aku nampak...pemerhatian...dan hasil pengamatan aku dari pengalaman yang aku kutip sendiri di bumi yang pernah menjadi tempat aku mencari rezeki.

loloqxrules.blogspot.com
Taj Mahal sebenarnya cantik kalau diambil dari angle yang berbeza

Kepada yang baru mengenali blog aku nie...Ingin aku ceritakan (tidak sama sekali aku berniat untuk menunjuk-nunjuk atau riak) Sepanjang aku menetap di India, aku sudah menjelajah hampir 2/3 bumi ini. 

Kesempatan aku berkelana di India inilah yang aku kongsikan dengan anda semua yang sudi menatap coretan yang aku persembahkan. Cerita-cerita yang aku kongsikan bukan semata-mata dari pengamatan mata aku sendiri. Tetapi, aku diberi peluang untuk bergaul...berinteraksi...berkawan...malahan ada ketikanya aku bermalam di rumah-rumah rakan India di sana.
Antara tempat yang pernah menjadi pertiduran aku (ini di Azamghad, Varanasi)

Aku pernah tidur di katil kayu dengan berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit. Aku pernah mandi dari air perigi...merasa makanan yang dimasak dengan menggunaka najis tinja kering yang dijadikan gas memasak. Makan hasil tangan yang mungkin boleh meloyakan tekak korang. Andai kata aku cuma menceritakan keburukan tentang masyarakat India...mungkin ada benarnya. Itu mungkin kesimpulan mudah bagi yang hanya membaca dari perspektif apa yang tersurat dari penulisan aku yang tak berapa nak sampaikan maksud sebenar. Hakikat sebenarnya...itu cerita pengalaman aku. Tetapi, ikhlas aku katakan aku cuma bersikap jujur menceritakan segala yang aku peroleh dari pengalaman. Segala pengajaran yang disajikan di bumi India aku jadikan pengajaran sebagai perkongsian kepada yang sudi.

Ladang bunga mustard oil...winter di kawasan Utara New Delhi

Aku cuma berharap...segala yang aku ceritakan mampu memberikan rasa bersyukurnya rakyat Malaysia kalau nak dibandingkan dengan mereka yang menghuni di bumi India. Aku tegaskan...aku boleh menceritakan segala-gala tentang bumi India kerana aku sudah melihat sendiri perwatakan mereka di sana dahulu. Setiap detik setiap masa...kamera tak pernah lekang dari tangan aku. Kalau aku ingin kongsikan terrrrrlalu banyak sebenarnya.

Kashmir...soooooo beutiful. Korang kena sampai tempat nie...Subahanallah !!!

In Syaa Allah...aku akan sambung penceritaan aku di sini nanti untuk korang sekelian.

Sehingga kita bertemu lagi...

Assalaamualaikum...

2 comments:

  1. salam..mungkin agak lama.. but i need some info untuk lawat india.. saya n kawan nak backpacker frm kl to newdelhi-agra.. ada lagi tempat menarik melalu jalan darat yg kami bole pergi? how bout jaipur or kashmir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'laikumussalam...dan Assalaamualikum...

      Backpacker...pertamanya...kitab Lonely Planet yg terbaru perlu dijadikan rujukan utama...dari New Delhi ke agra tak der masalah dah sekarang...jalan dah cantik...begitu juga dengan ke Jaipur...anda mungkin boleh mencuba jengok2 Rothambore...Jeselmee...Varanasi...

      Untuk ke Kashmir...tiada jalan darat ke sana...semua warga negara asing perlu masuk ikut airport Srinagar...tiada pilihan...

      Delete