Tuesday, May 6, 2014

Part 01: Lucknow, Uttar Pradesh

Aku tak pasti samada korang pernah dengar atau tidak salah satu bandar di India nie "LUCKNOW". Dia memang tak sefeymes New Delhi, Mumbai, Agra dan seangkatan dengannya. Cuma seingat akulah sepanjang aku di India dolu-dolu...bandar Lucknow agak kerap juga aku kunjungi. Satu sebab kerja...keduanya...aku sanggup ke sana sebab makanan di bandar ini seakan-akannya macam ada aura tersendiri buat aku ingidam sentiasa.

Kalau nak citer pasal bandar Lucknow nie...apa ada ? nak cari apa ek ? 

Aku jawab "Nothing greatlah sangatnye!!!" kecuali beberapa perkara yang kita perlu tahu untuk menjadi penyebab ke Luckow. Very...very niche orang yang akan ke sana untuk mengalami pengalaman berjalan di bumi India.

Luckow jugalah menjadi bandar terakhir aku dan sekeluarga bercuti sebelum kami back for good ke tanah air.

OK...straight to the points...Apa yang beshnyer bandar nie,..Firstly, makan...satunya sarapan pagi yang tak pernah membosankan aku dan paaaaling sedap pernah aku rasa sepanjang duduk di India adalah di Lucknow...seandainya korang ada peluang ke sana...jangan lupa untuk cari roti (soooo sorry...aku lupa nama roti nie apa) yang dicicah dengan kuah "Kulcha Nihari". 
Roti paaaling sedap di India

Apa yang menariknya roti nie...keunikan roti nie terletak pada tekstur roti tu sendiri...bila makan dia ada feel rangup...but sapuan butter membuatkan ada rasa moisture pada roti tu. Dia juga aku boleh umpamakan macam kita makan gabungan rasa antara roti nan dengan pratha. Korang nampak besarkan roti tu...but seriously, roti nie tak heavy...aku kalau ngadap selamba jer tiga keping.

Kulcha Nihari...perrhhh...giler kentang sedap nie...
Nie die hero sebenar...kulcha nihari...rasa dia seakan-akan cam ala-ala cam kari kurma...cuma rasa ketumbar dan kunyit ada lebih sikit...kalau ikut member-member aku di Lucknow bagi taw. Kulcha nihari biasanya akan dimasak semalaman dengan gunakan arang kayu. Potongan daging kambing dengan campuran urat kaki yang dimasak untuk tempoh yang cukup lama nie cukup lembut bila dijamah oleh mulut mereka yang memakannya.

TETAPI, amaran kepada yang nak jaga badan...ko tengoklah minyak die !!! Bapok tebal kan...memang kalau makan kulcha nihari nie pun korang bleh rasa minyak dia...Cumanya...aku tak pernah kisah pun...selagi bleh tala memang aku santak cukup-cukup sampai puas. Susah nak dapat ooo...

Nie dia punya dapur untuk buat roti n ketuhar membakar India style...amacam...ada bran ?
Satu lagi kalau ada rezeki ki bandar nie...jangan lupa untuk try kebab di bandar nie...hampir setiap ceruk (yang halal lah kan...) aku boleh katakan sedap...semamangnya ada kelainan tersendiri kebab di Lucknow. Tak kiralah ayam ker kambing ker or kalau ada rejeki korang mungkin boleh dapat daging lembu.

Mengikut cerita orang-orang di sini...Lucknow nie sebenarnya dahulu punya pemerintahan sendiri dibawah penguasaan Kerajaan Mughal. Masa pemerintahan Jehengir Khan, Maharaja nie pernah melantik seorang wakil pemerintah yang sebagai wakilnya dengan diberikan gelaran "Nawab" kalau dalam bahasa melayu kita dipanggil Naib or pembantu. But, lama-kelamaan Nawab sudah jadi seakan macam sultan dalam negeri tu. 

Maybe bcoz dah terlalu lama orang dok follow arahan dia dan sudahnya dia sendiri mengangkat diri sendiri sebagai pemerintah.

Menyelidik tentang sejarah, budaya, gelagat dan persekitaran suatu tempat itu juga merupakan salah satu tabiat yang perlu aku lakukan dan juga sebahagian kaedah untuk memudahkan kerja aku di sini. Jadi, banyaklah informasi yang aku dapat hasil pembacaan...tapi aku cukup suka untuk mendengar sendiri cerita-cerita rakyat yang masih menjadi sandaran kepada sejarah setempat yang aku lawati.

Aku tak minat nak cerita panjang pasal sejarah bandar Lucknow nie...aku rasa korang boleh tanya pada Encik Google jer...But, antara perkara menarik serba sedikit sejarah di Lucknow yang aku peroleh dari pengamatan cerita rakyat setempat di bandar ini yang membawa kepada pertanyaan dalam kepada aku mula terjawab...Soalan ? Tahukah anda bahawa...bandar Lucknow ini juga turut dikenali sebagai bandar yang memiliki kelompok komuniti SYIAH terbesar di India. Padahal...setahu aku, kerajaan Mughal adalah sebuah pemerintahan yang cukup berpegang pada Islam yang berasaskan "Ahli Sunnah". 

Entah kenapa tiba-tiba...mereka boleh bertukar aliran kepada pegangan Syiah ! Tak cukup dengan itu...bukan main-main punya Syiah diorang nie...dah sampai tahap ekstrem kalau tanya aku. Tak cukup dengan itu...kelompok Syiah di sini juga telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat penganut hindu untuk turut sama bersekongkol dengan ideologi mereka.

Semua akan aku sambung dalam penulisan akan datang...Sorrylah...lama tak menaip panjang-panjang rasa letih plak. But, tunggu...sambungan cerita Lucknow ini cukup menarik untuk aku kongsikan kepada korang nanti.

Wallahua'lam



6 comments:

  1. Truskn bkgsi kisah2 bgni mgenai india... Tjumpa blog tuan ktka mcri crta ttg makam sheikh moinuddin chisti.. terfkir2 apa yg dorg buat kat situ, smpi rmai sgt, sbb rsa mcm truk pla agungkn makam tu sgt, bla bca pkgsian tuan, bru sy jelas.. sy x prnh g sna, tp mnat ttg ngara itu, bkn sbb filem k apa, tp yg psti india ada keistimewaan tsndri..

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi singgah...nak cerita banyak..but saya cuba kongsikan mana yang mampu...

    ReplyDelete
  3. Tuan,bila Tuan sampai di lucknow?
    Tuan boleh masuk ke bleh saya www.nadwagroup.blogspot. com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalaamualaikum wa Rahmatullah,

      Terima kasih kerana menyinggah ke blog saya yang ak seberapa ini...saya sebenarnya sudah kembali ke tanah air dan tidak lagi menetap di India. Semasa saya di India, bandar Lucknow nie antara bandar yang agak kerap saya lawati. In Syaa Allah, ada masa kita akan berkongsi pengalaman bersama tentang India yer tuan...Salam pengenalan dari saya...

      Delete
  4. Singgah ke blogspot saya www.nadwagroup.blogspot.com

    ReplyDelete