Tuesday, February 9, 2010

Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu di Sembahyangi

Tajuk kali ini bukan untuk bertarbiah atau nak berdakwah. Sebab aku tak der tauliah untuk memberikan ucapan-ucapan agama. Cuma aku berpegang pada sunnah Rasulullah yang maksudnya lebih kurang...Berilah peringatan dan beringatlah sesama ummah. Yang pada tafsiran aku, Rasullah menyuruh umatnya sentiasa berpesan dan menasihati sesama kita agar kita tidak lalai dan berada dalam orang yang tidak lalai.

Semalam Mahkamah telah putuskan siapa MB Perak yang berhak mentadbir negeri itu. Ada yang kecewa dengan keputusan tersebut. Ada yang bersyukur. Ada yang Gusar. Ada yang memberikan komen mengikut akal pemikiran dan citra tekak sendiri.

Tetapi...perkara yang cukup menarik perhatian aku bila membaca akhbar-akhbar di Malaysia (secara online dari sini)...Kenapa ?!!! KENAPA aku ulang !!! Ada sekelompok yang mempertontonkan kelakuan yang pada aku tidak sepatutnya dilakukan dikhalayak ramai.

Aku merujuk pada sekumpulan penyokong individu yang bersolat hajat di hadapan mahkamah. Seingat aku, budaya bersolat sebegini bukannya pertama kali telah dilakukan. Tetapi, sudah lebih dari sekali.

Soalan aku ?

Kenapa tidak memilih surau ? Kenapa bukan masjid Wilayah yang terletak terlalu hampir dengan bangunan mahkamah tersebut ? Aku rasa Polis takkan menghalang malah tiada pihak yang berhak menafikan hak mereka untuk besolat hajat di masjid itu.

TETAPI ?!!! Kenapa atas jalan. Kenapa atas laluan orang ramai. Kenapa ?!!!

Islam itu sememangnya ajaran yang universal. Tetapi, apakah dengan melakukan solat di tempat terbuka itu mencerminkan bahawa kita adalah seorang yang bersifat sufi untuk berserah kepadaNya dan memohon doa/hajat disebarang tempat tanpa memikirkan pandangan masyarakat umum.

Maaf aku katakan, bila melihat gambar kumpulan ini melakukan solat dihadapan mahkamah...aku menjadi jijik untuk melihatnya. Apakah mahkamah itu sudah menjadi Ka'abah kepada mereka. Apakah tempat sujud mereka solat itu suci. Memanglah solat itu tiang agama. Tetapi, seharusnya mereka berfikir...sesuatu tiang perlu dipasakkan di atas dasar yang kukuh. Andai tiang hanya didirikan atas dasar yang sembrono...masakan bahagian lain mampu disokong.

Kita lihat pengajaran dalam hal ini...dalam amalan berdoa dan penyampaian hajat melalui solat kepada Illahi, kita boleh lihat. Doa siapa yang lebih diperkenankan olehNya:

Solat hajat di masjid; atau

Solat di atas jalan raya.

Bersolat hajat adalah amalan yang mulia. Tetapi, perlulah dilakukan dengan tertibnya. Kita berdoa kepada ALLAH. Kita memohon hajat kepada ALLAH. Kita merayu kepda ALLAH.

Kalau konsep bersolat dimerata tempat ini diamalkan secara sembarangan, aku melihat hal ini samalah apa yang menjadi amalan pada penganut agama-agama lain di India ini. Terutamanya Hindu. Amalan ritual agama yang dilakukan di India ini terlalu banyak. Sehinggakan dimana-mana sahaja mungkin menjadi tempat mereka memohon doa dan harapan. Sebab itu, kalau korang ke sini...patung-patung yang menjadi sembahan mereka boleh dikatakan ada dimana-mana. Tak cukup dengan patung-patung (samada yang haram atu dibenarkan oleh pihak berkuasa), pokok-pokok juga akan menjadi tempat mereka mengabdikan pada agama yang mereka anuti.

Apakah cara ini akan menjadi ikutan kita. Na'uzubillah....

No comments:

Post a Comment