Wednesday, February 17, 2010

Kenalan Saudara Baruku Bersuara

Semalam aku berkenalan dengan seorang rakan baru di sini. Dia kata dia anak kepadaku bahawa dia anak kepada salah seorang pemimpin politik yang berpengaruh di India. Malahan bapanya juga adalah salah seorang yang mampu mempengaruhi mana-mana keputusan yang bakal dilakukan oleh pihak kerajaan India pada pandangannya.
Tapi, aku tak ambil serius pasal perihal latar belakang politik keluarga beliau. Cuma yang paling buat aku minat untuk berkongsi dengan korang. Isu-isu yang kami sempat bincangkan. Topik-topik berkenaan dengan hal ehwal Muslim di India yang semakin tertindas dengan tindak tanduk kelompok yang merasakan kedudukan mereka tergugat di India.
India memiliki populasi jumlah ketiga terbesar penganut agama Islam di dunia. Selepas Indonesia, selepas jumlah Muslim di Timur Tengah. Dengan jumlah 169 juta ummat Islam di India, Muslim masih lagi menjadi penganut agama yang minoriti di negara ini.
Tetapi, bila diperhatikan...dicerok mana sekali pun Muslim di India, ummat Islam sebenarnya di sini telah menunjukkan kekuatan jati diri dalam agama yang mereka anuti. Di setiap bandar-bandar besar seperti New Delhi, Mumbai, Kolkata, Chennai malah di mana-mana sahaja...rata-rata Muslim mempunyai kekuatan dalam bidang perniagaan. Malahan, adalah dipercayai bahawa...perniagaan dari kalangan Muslim mempunyai empayar yang cukup besar kepada penyumbang ekonomi setempat di sini.
Aku ajukan soalan provokasi pada sahabat baru aku, dalam terjemahan bahasa Melayu:
"Setelah dua tahun aku tinggal di bumi India ini, aku perhatikan seakan ada gerakan dari pihak-pihak tertentu yang mahukan masyarakat Muslim merana. Sebagai contoh, kenapa daerah Telengana (di negeri Andhra Pradesh) mahukan Hyderabad dimasukkan dalam peta mereka ? Kenapa, Shiv Sena (sebuah parti politik di Maharashtra) terlalu ekstrimis memperjuangkan nasib suku kaum Marathi di Mumbai ? Kenapa isu Jammu & Kashmir terlalu sukar untuk diselesaikan ?"
Aku menyambung hujah aku...
"Aku melihat seakan ada gerakan dari kelompok yang cuba memecahkan kekuatan yang dibina oleh masyarakat Muslim di India. Mereka sedar, di Mumbai...masyarakat Muslim mempunyai empayar perniagaan yang cukup kuat dalam sektor dagangan. Di Hyderabad, rata-rata perusahaan kecil dan sederhana dimajukan oleh orang Islam. Malahan, sedar atau tidak di India...kebanyakkan pernigaan livestock di India sebenarnya dikuasai oleh orang Islam. Apakah mereka merasa tergugat dengan kekuatan ekonomi yang dipegang oleh minoriti Muslim di India sehingga cuba untuk menindas penganut Muslim di sini?"
Dia berfikir sekejap...kemudian dia bersuara:
"My brother...(aku terjemahkan dalam bahasa Melayu yang lebih kurang maksudnya) sebenarnya bukan kau seorang yang berkata begitu. Ramai sebenarnya yang bersangka sebegitu. Tetapi, janganlah sampai pemikiran sebegini membuatkan kita juga bersekongkol dengan mereka yang memperjuangkan nasib Muslim atas pentas politik"
"Di India...terlalu ramai sebenarnya pemimpin yang konon-kononnya memperjuangkan nasib rakyat. Tetapi, sebenarnya agenda tersirat selalunya tidak nampak dimata kasar apabila isu-isu besar seperti ini digembar gemburkan. Betul, nasib Muslim di India banyak yang boleh kita lihat tertindas. Tetapi, Muslim di India sebenarnya kuat dari naluri dalaman mereka. Bila Masjid Babri diruntuhkan. Apakah Muslim India membalas dengan memusnahkan kuil-kuil Hindu di India. Tidak...Apakah Muslim terlalu lemah untuk menyerang balas...Juga tidak !!! Tetapi, kami Muslim di sini bangkit dengan melawan balik dengan cara lain. Kita kuasai bidang-bidang yang mereka lemah. Kita perkukuhkan mana-mana yang telah kuat"
Dia menyambung lagi...
"Tahu atau tidak saudaraku, sebenarnya di belakang Sonia Gandhi siapa sebenarnya yang menjadi sumber nasihat dan tempat rujukan atas apa yang dia laksanakan pada hari ini untuk India ? Sebenanrnya ada seorang Muslim yang akan berindak sebagai penasihat khas kepada Sonia Gandhi untuk isu-isu yang berkaitan dengan pelaksaan dalam parti politik yang dinaungi olehnya."
"Siapa sebenarnya yang menjadi penyokong kuat pada Rahul Gandhi...ramai pemimpin muda Muslim yang akan bersama-sama Rahul Gandhi sebenarnya bila Rahul Gandhi terasa tertekan...Bila Rahul Gandhi ke Mumbai...Dia di ugut oleh Shiv Sena...Tapi, siapa yang melindungi kedatangan beliau ke Mumbai...Masyarakat Muslimlah yang bertindak memastikan keselamatan Rahul di Mumbai..."
"Jadi, jangan kita sempitkan tafsiran pada apa yang telah kelompok jahat ini lakukan pada Muslim. Malahan, masyarakat Muslim sedia maklum...kami tidak mampu menahan gelombang ini sekiranya dimarakkan dengan api kekecohan. Keruntuhan Masjid Babri sabagai teladan...Muslim tidak akan mampu berperang dengan Hindu. Ada eloknya kita melawan dengan cara yang kita akan menang daripada berperang pada medan yang bakal menyusahkan anak serta keluarga kita dimasa akan datang..."
Banyak lagi yang kami bincangkan. Pengenalan dan pertemuan pertama kali dengan sahabat dan saudara Islam baru aku ini cukup menarik. Kami mesra dan mula serasi...Malahan, bila dia balik dari Pejabat aku nampak kegembiraan atas pengenalan kami yang pertama ini.
Menarik bukan perbahasan kami...? Dan aku ingin tanyakan pada mereka yang membaca tulisan ini di Malaysia. Bukan dengan niat untuk meniup propoganda atau hasutan dalam isu perkauman. Aku cuma inginkan pemimpin-pemimpin Melayu menjawab...
DULU !!! Siapa masyarakat Cina dalam Tanah Melayu.
DULU !!! Selepas merdeka...siapa masyarakat India dalam negara Malaysia
KINI !!! Mereka boleh berkuasa memerintah...mentadbir bangsa pribumi di Tanah Melayu
KINI !!! Mereka boleh mengherdik...memperlekeh bangsa ketuanan Melayu di bumi Malaysia
MELAYU ?!!! Konon-kononnya berjuang...TETAPI, semangat jihad yang dilolongkan hanya menjadi gurau senda bangsa lain...Fikir dan renungkanlah...
Nota: Saudara baru yang baru aku kenal ini juga menyatakan bahawa. Rahul Gandhi sedag mentelaah naskah Al-Quran untuk dipelajari. Semoga Allah memberikan syafa'at dan hidayah kepada beliau. Sekurang-kurangnya berilah beliau petunjuk agar nasib Muslim di India dapat dibela dengan sewajarnya...AMIN

No comments:

Post a Comment