Sunday, October 3, 2010

Super Star Rajni Kembali

Siapa yang tidak kenal dengan bintang filem Rajnikan. Super Hero filem Tamil yang ramai peminatnya (aku pun salah seorang peminat die jugak...). Baru-baru ini filem terbaru beliau Endhiran (ROBOT) baru dilancarkan. Setelah sekian lama beliau tidak muncul dengan filem terbarunya. Nah...sambutan seperti telah dijangkakan...Peminat fanatik Super Star Rajni sanggup beratur panjang sejak dari awal jam 4.oo pagi pada hari pertama filem ini dikeluarkan.

Aku tak derlah nak beratur pagi-pagi buta semata-mata nak tonton filem die walaupun aku peminat Rajnikan. Ini perkara biasa yang berlaku pada setiap filem Rajni. Tiada yang pelik. Cuma kalau antara kita yang baru di dunia India nie...mungkin perasaan takjub dengan ketaksuban mereka dalam mengagung-agungkan bintang pujaan mereka.

Salah satu poster terbaru filem Super Star Rajni

Aku ? Aku hanya lebih rela menunggu DVD filem ini keluar nanti. Sebab apa ? Menonton filem wayang di sini tiada subtitle yang boleh difahami. Tambahan lagi, aku dapat tahu, bila tiba adegan menyanyi dan tarian- peminat-peminat hero ini juga akan turut sama menari sambil bersiul dan memekik melolong. Lagi- setiap kali ada part-part yang mereka suka, pastinya pekikan akan bertambah kuat. Itulah kata-kata kawan India aku di sini menceritakan pengalaman mereka menonton wayang di sini. Gelagat-gelagat fanatik kekadang ada antara mereka yang tidak menghiraukan apa jalan cerita pada filem yang di tonton. Yang penting- hero pujaan mereka adalah idola mereka.

Aku tidak berminat untuk menceritakan tentang filem Endhiran. Aku cuma ingin kongsikan erti maksud "IDOLA" dalam kamus kalangan peminat fanatik hero pujaan Tamil ini. Dari ramai-ramai pelakon samada dari dunia perfileman Tallywood (Tamil), Bollywood (Hindi), Kallywood (Bengali) atau mana-mana artis dunia hiburan di India- Rajnikan punya pengaruh dan aura hebatnya yang tersendiri.

Bayangkan pada hari sebelum filem Endhiran dilancarakan, ada kalangan peminat Rajni yang melakukan pooja (aktiviti seperti berdoa dalam amalan hindu) untuk mendapatkan restu Dewa/Dewi hindu bagi memastikan filem ini mendapat sambutan yang hangat. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga poster-poster Rajni yang dimandikan dengan air susu.

Memandikan ke atas sesuatu objek penyembahan dalam amalan agama hindu adalah suatu yang biasa dilakukan. Khusunya dalam beberapa upacara perayaan utama dalam kalender agama hindu.

Tetapi, apabila ianya melibatkan hero pujaan tamil ini. Aku mula terfikir (bukan aku sahaja malahan ada kalangan masyarakat fundemental hindu sendiri juga berfikiran seperti aku)- apakah mereka sudah mengangkat Rajnikan sebagai salah seorang IDOLA mereka sehingga perlu diadakan upacara pooja. ATAU- dalam bahasa lainnya, apakah peminat-peminat fanatik seperti ini sudah mengangkat RAJNIKAN sebagai IDOLA yang setaraf dengan Dewa/Dewi yang mereka sembah ?
Dua orang peminat Rajni sedang menuang susu ke poster Super Star mereka

Kehebatan Rajni juga bukan calangnya apabila ada kalangan peminat fanatiknya yang sanggup bergadai nyawa sekirannya diperlukan. Jangan sesekali kita berfikir untuk mengata, mengutuk, apatah lagi mengugut Rajni- pastinya ada individu yang akan kedepan untuk mencederakan kita.

Sampai begitu sekali mereka mengagungkan hero mereka di sini. Sifat ketaksuban sebegini yang banyak aku lihat menjadikan sesebuah agama itu kucar kacir. Dari asal hanya berputik dari sifat minat menjadi fanatik dan sudahnya kepada PUJAan yang membawa mereka berani menyembah pada imej-imej yang membawa kepada perwatakan insan yang mereka suka.

Sindrom ini yang berlaku dalam hari ini. Bukan hanya di sini. Tetapi, di mana-mana. Walaupun cara dan pendekatan peminat meluahkan rasa sukanya berbeda. Tetapi, andai tiada kekuatan dalam mengawal nafsu memuja idola- ramai antara anak-anak muda yang leka mampu terjerumus kepada apa yang berlaku seperti peminat fanatik Rajni ini.

Seorang swami sedang menuang susu dalam upacara keagamaan hindu pada patung IDOLAnya

Dalam hal ini, minat pada aku tidak salah. Tetapi, bila sudah sampai tahap fanatik- itu satu DOSA. Malahan, tindakan sebegini sudah menampakkan kesyirikan yang nyata. Aku pernah bertanyakan pada salah seorang rakan India yang beragama hindu di sini. Kenapa pihak swami di sini tidak melarang aktiviti memuja artis seperti yang dilakukan oleh peminat Rajni.

Jawapan rakanku membuatkan aku rasa ada eloknya aku berdiam diri tanpa memberikan sebarang komen, "Sahabatku, apa yang ditunjukkan oleh peminat Rajni hanya berlaku di negeri-negeri Selatan India, khususnya Tamil Nadu. Itu mereka. Bukan budaya dalam masyarakat India di Utara untuk mengagung-agungkan artis seperti yang dilakukan oleh masyarakat Tamil. Kami di Utara lebih bertamadun dari mereka".

Rupanya masih ada lagi pegangan budaya kaste dalam sanubari sebangsa mereka.

Nota: Kajian saintis India sendiri terhadap DNA orang India di Selatan dengan Utara. Walaupun kulit mereka berbeda (Selatan lebih gelap dari Utara). Tetapi, DNA mereka hampir sama dan dikatakan datang dari talian keluarga yang sama.








No comments:

Post a Comment