Friday, February 4, 2011

Jeritan Dari Bumi Ambia'

Krisis politik di negara Mesir (Egypt) memenuhi tajuk utama media massa pada waktu ini. Tidak kurangnya juga di India- liputan tentang apa yang berlaku di Mesir juga mendapat perhatian yang meluas di sini. Hari pertama konflik yang berlaku menjadikan hampir semua dan setiap masa isu di bumi utara afrika itu menjadi tajuk perbincangan yang hangat.
Akibatnya- ketegangan yang berlaku menjadi alasan pertama untuk dijadikan jawapan oleh pihak kerajaan India bagi menaikkan harga minyak. Harga emas jatuh merudum. Syarikat penerbangan Air India- menaikkan harga tambang 300% dari harga biasa yang ditawarkan untuk penumpang yang berhajat untuk ke Mesiar atau pulang ke India dari bumi yang sedang bergolak pada waktu ini.
Cumanya, aku perhatikan selepas krisis ini sudah hampir seminggu- seakan-akan minat media untuk memainkan isu ini sebagai tumpuan rakyat di India semakin berkurangan. Apa pihak yang mengatakan bahawa- kerajaan India khuatir seandainya pendekatan golongan anti-Mubarak ini akan mempengaruhi puak-puak pelampau politik di India untuk turut sama menggunakan pendekatan yang sama bagi menjatuhkan kerjaan yang memerintah sekarang.
Tiba-tiba, pada hari ini- India di kejutkan dengan kejadian sebuah pesawat tempur MIG tentera India terhempas di Madya Pradesh. Berita itu, telah berjaya menutup dan mengalihkan perhatian umum dari konflik yang sedang berlaku di Mesir. Pada masa aku blogging ini, aku hanya mampu mengikuti perkembangan di Mesir dari siaran CNN atau BCC. Entah benar atau tidak laporan yang diberikan. Aku hanya mampu ambil tahu. Kerana media di India sudah mula mengurangkan berita mengenainya daripada umum.
Secara tiba-tiba aku mula terfikir sesuatu- aku kurang pasti tentang kenapa rakyat Mesir begitu marah dengan Presiden Mubarak. Kenapa sekarang baru mereka meluahkan inspirasi penentangan mereka ? Kenapa secara tiba-tiba sahaja ? Apa agenda utama mereka seandainya Presiden Mubarak menuruti kehendak mereka ? Apakah keamanan politik dan sosio mampu dikembaikan sekiranya Presiden mampu digulingkan ? Apakah keadilan sejagat untuk bumi Mesir mampu dibina sekiranya kerajaan sekarang digulingkan ?
Semua soalan ini menjadi tanda tanya pada aku. Paling menarik perhatian aku dan aku masih cuba mengorek jawapan dari persoalan ini: Apakah suatu "kebetulan" dalam pada masa yang sama Yemen dan Jordan juga bergolak ? Dalam agama Islam, Yahudi dan Kristian telah memcatatkan akan sejarah kaitan ketiga-tiga agama ini. Apakah ini salah satu strategi dan konspirasi baru yang sedang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengganggu gugat ketiga-tiga agama (khususnya Islam dalam hal ini)
Sengaja aku letakkan peta benua Timur Tengah dan Afrika Barat untuk kita sama-sama berfikir. Perhatikan, Mesir berada di Utara Afrika dan Yemen terletak di Selatan Semenanjung Tanah Arab. Kedua-dua negara ini terletak pada penghujung dan permulaan Selat/Laut Merah. Umum sedia maklum bahawa selat/laut merah merupakan laluan perdagangan yang cukup sibuk untuk dagangan kapal laut.
Paling menarik !!! Perhatikan kedudukan lokasi tanah suci Makkah. Ianya terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara Mesir dan Yemen.
Satu dunia tahu, Presiden Mubarak bukan cukup asing dengan sikapnya yang pro pada propaganda Amerika (dan juga Israel). Begitu juga dengan Jordan. Mesir tanpa berselindung menyokong usaha Amerika ke atas tindakan cuba menghukum negara Iran. Jordan secara terbuka memberikan ruang udaranya pada tentara pencerohoh untuk menghancurkan Afganistan dan Iraq kepada tentera Amerika.
Isu aku; kenapa tiba-tiba sahaja Presdien Amerika boleh mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Mesir yang sekaranglah punca kekacauan yang berlaku pada waktu ini. Dan, Presiden Obama secara terbuka meminta pemerintah berundur tanpa menyedari bahawa Presiden Amerika Syarikat itu sebenarnya tiada kuasa dalam senat akibat kekalahan partinya dalam pemilihan Dewan Senat Amerika Syarikat yang lalu.
Soalan paling besar yang perlu kita timbangkan sebelum memutuskan samada untuk menyokong atau tidak tindakan golongan anti-Mubarak- SIAPA SEBENARNYA YANG AKAN MEMPEROLEH KEUNTUNGAN atas propaganda ini ???
Doaku untuk perkara ini, moga kesejahteraan dan keamanan dapat dikembalikan di bumi Mesir secepat mungkin.
Perisik-perisik dari negara-negara OIC perlu lakukan intel yang lebih jitu demi memikirkan sebarang kemungkinan yang serius berlaku.

No comments:

Post a Comment