Tuesday, February 1, 2011

Erti Sebuah Kesyukuran

Pagi-pagi bila aku membaca berita on line di tanah air. Kerajaan akan menaikkan harga minyak petrol ROM97 sebanyak RM0.10 sen. Dalam keadaan nilai ringgit yang dikatakan semakin kukuh. Kelihatannya penyusutan dollar dipasaran antarabangsa tidak menyebelahi pengguna di Malaysia sebenarnya. Malahan, rata-rata segenap pengguna sekitar dunia mengharapkan kadar harga barangan dipasaran akan turun. Namun, itu harapan yang seakan sudah menjadi angan-angan sahaja. Ada sesetengah pihak yang sudah mencongak akan kemungkinan kadar inflasi di negara masing-masing mungkin tidak akan akan dapat dikurangkan pada tahap optimum.


Sememangnya, waktu ini keadaan masih tidak memihak kepada masyarakat umumnya. Harga barang masih tidak turun-turun. Sama sahaja. Kalau turun pun selepas kerajaan paksa relakan mereka ini turunkan harga barangan pengguna. Pasaran saham yang selalu dikhabarkan terus menunjukkan tanda-tanda pengukuhan indeks pasaran tidak menterjemahkan apa yang diharapkan.


Di India...umumnya dunia mengetahui bahawa akan kekuatan ekonomi dibumi ini. Pasaran domestiknya yang sebesar lebih 800 juta telah menunjukkan bahawa mereka sememangnya tidak memerlukan sebarang pelaburan dari luar negara untuk dijadikan pemangkin pertumbuhan ekonomi. Kehadiran pelaburan asing hanya diperlukan sekadar meningkatkan taraf sosio budaya dan kehidupan masyarakat di sini.
Tetapi, aku perasan ada satu perkara yang menarik tentang orang India. Dalam keadaan ada sesetengah orang yang dikategorikan sebagai golongan kaya sedang pening dan berhempas pulas hendak selamatkan periuk nasi mereka. Tetapi ada juga golongan kaya raya di India yang masih boleh terus menikmati kemewahan harta benda mereka.


Sebenarnya, di India nie...percaya atau tidak budaya menyimpan duit dibawah bantal sebenarnya masih wujud di India. Maksud aku tak derlah diorang simpan duit dalam bantal, diorang lebih selesa untuk menyimpan duit dirumah sendiri berbanding dengan menyimpan duit di bank. Penyebab utama kenapa perkara ini terjadi...Semua kerana rasa tidak percayakan dengan kerajaan yang kemungkinan boleh mengubah sesuka hati faedah atau caj kepada pengguna. Mereka khuatir kalau-kalau satu hari nanti kerajaan akan mengenakan faedah dan caj yang tak munasah kepada penyimpan wang di bank. Malahan, percaya atau tidak kalau aku ceritakan kepada korang...aku sendiri pun kalau nak keluarkan duit pada waktu ini tak boleh lebih USD2,000.00. Kena isi borang khas...macam-macam bank akan tanya. Nak buat apa dengan duit tu. Kenapa nak keluarkan duit banyak-banyak? Ehhh...suka hati akulah nak keluarkan duit banyak mana. Tapi, bank akan berikan alasan bahawa semua ini merupakan polisi kerajaan yang perlu dipatuhi. Lagi teruk kalauu aku nak transfer duit ke akaun orang lain. Lagilah macam-macam dia akan tanya.


Anyway...balik pada cerita minyak dunia tadi. Perdana Menteri India telah membuat pengumuman bahawa harga minyak di India tidak akan diturunkan walaupun harga pasaran minyak mentah dunia menunjukkan penurunan dari satu paras kesatu paras terendah. Alasan PM India nie senang jer...kerajaan India tidak akan menurunkan harga minyak sehingga kesuatu tahap dimana pengusaha minyak di India telah dapat semula keuntungan atas kerugian pada akibat kenaikan harga minya pada 5 bulan yang lalu. Gentlemen kan orang politik India...Tak payah nak selindung-selindung...cakap terus jer nak kasi kaya tokey-tokey minyak kat India dulu baru turunkan harga. Padahal inflasi di India nie sudah mencecah ke paras 13 peratus. Kadar pengganguran semakin meningkat. Tahap penduduk miskin masih berjuta jumlahnya.

Tahun 2010 telah membuatkan aku berasa sesak dengan kenaikkan sebanyak 6 kali. Aku ulang 6 kali harga minyak naik dari IND Rs. 48.20 dan sekarang sudah Rs.61.00. Malahan tahun baru lalu dalam orang sedang dok sibuk sambut tahun baru, secara senyap harga minyak dinaikkan sekali lagi menjadi Rs. 62.00. Selang seminggu selepas itu harga bawang pun naik. Baru ada yang perasan bahawa kenaikan harga bawang sebenarnya disebabkan harga minyak yang sudah naik. Malahan pada masa aku sedang blogging in juga sebenarnya harga minyak akan dinaikkan dalam minggu ini lagi kepada Rs. 2.95. Kesimpulannya aku terpaksa membayar RM4.60 lebih kurang seliter.

Berbanding di Malaysia, sebenarnya masih boleh dianggap beruntung. Aku tak der nak kata keputusan kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak satu tindakan yang betul. Aku juga tak kata aku membangkang bila harga minyak turun. Cuma bila aku amati dengan apa yang aku alami di sini...di bumi India ini. Barulah aku tahu sejauh mana perkataan BERSYUKUR itu dapat dinilai dalam diri manusia. Manusia selalunya mengeluh dengan takdir yang mereka hadapi. Kalau dalam kesusahan, akal akan diperah untuk memikirkan jalan untuk keluar dari kepayahan. Tetapi, bila kesenangan dan keselesaan dalam genggaman...mereka akan cuba menikmati rasa nikmat itu tanpa memikirkan akan kemungkinan pada masa akan datang.


Aku juga seperti mereka atau (mungkin anda) akan menjadi marah dan khuatir apabila harga minyak secara terus naik. Pendapatan menjadi semakin mengecil. Perbelanjaan yang kecil-kecil juga terpaksa diambil kira selepas ini. TETAPI, apakah aku juga akan memekik melolong mengizinkan duit cukai yang aku bayar pada setiap tahun dijadikan peruntukan subsidi semata-mata untuk minyak. Aku bukan mahu menyokong tindakan kerajaan. Aku cuma mahu mengajak kita semua memikirkan bersama cara mana perlu kita hadapi situasi begini.
Jawapan aku, bersyukur dan ubahlah cara hidup kita.
Bersyukur semua orang akan kata...Insya'Allah boleh...
Berubah dan mengubah hidup ?
Kalau dulu minum dua sudu gula...kurangkan gula. Kalau dulu, tiap-tiap minggu dating tengok wayang...mungkin Muzium Negara boleh jadi alternatif. Kalau dulu beli sayur di pasar...mungkin sudah masanya aktiviti berkebun boleh dijadikan amalan kesihatan dalam waktu petang-petang kita. Pendek kata, kita sudah sampai tahap dan masanya mengubah cara hidup agar dapat diseimbangkan dengan taraf pendapatan yang kita peroleh. Jangan pendapatan secupak keinginan segantang.
Aku juga melihat, kita sering dimomokkan untuk meluah dan memberontak bila sesuatu keputusan itu diumumkan tidak menyelebahi kita. Tapi, sedar atau tidak- keputusan telah dibuat !!!
Apa tindakan kita untuk mengharungi cabaran pada keputusan itu ?
Insya'Allah...aku berazam dan selalu berdoa agar anak-anak aku juga akan menjadi insan yang soleh dan berkendiri survivor dalam isu ini...Amin...

No comments:

Post a Comment