Thursday, July 28, 2011

Pengikut Jesus PBUH di India

Tulisan aku tentang makam Jesus PBUH (yang terletak di kashmir) yang lalu membuatkan ada permintaan meminta aku ceritakan tentang salah seorang dari 12 pengikut Jesus PBUH yang dikatakan telah sampai di India. So, aku mula selak buku-buku yang aku ada...jumpalah serba sedikit maklumat yang nak dituliskan.

Jadi, kali ini aku nak kongsikan tentang kisah salah seorang dari 12 pengikut setia Jesus PBUH yang terletak di India nie...iaitu, Thomas atau masyarakat di sini (di Kerala) lebih mengenali beliau sebagai Saint Thomas (malahan Thomas diangkat setaraf rasul bagi sesetengah pihak di India ini).

Aku cuba sampaikan beberapa pendapat berdasarkan pemahaman dan telahan akal fikiran aku. Aku tak berminat nak ceritakan sejarah kedatangan Thomas, pada aku korang leh google atau baca sumbernya internet.

Thomas dipercayai telah belayar ke India dalam tahun 52M untuk menyebarkan agama ajaran dari Jesus PBUH (dikatakan juga setelah Thomas mendapat mimpi) di kalangan orang-orang Yahudi di Kerala pada masa itu.

Beliau dikatakan telah mendarat di sebuah pelabuhan lama yang dipanggil Muziris (pelabuhan ini musnah teruk dan tidak wujud lagi disebabkan banjir besar pada tahun 1341) berhampiran Kodungalloor perairan Malabar (sekarang dibawah pentadbiran negeri Kerala). Perkara menarik berkenaan dengan pelabuhan Muziris nie …ia dikatakan telah wujud sejak zaman Raja Solomon (a.k.a nabi Allah Sulaiman alaihissalam). Pada zaman keunggulan pelabuhan Muziris ini berlangsung, hubungan perdagangan antara pedagang dari Selatan India dengan kerjaan Roman berlaku dengan rancaknya. Apa yang menariknya ?

1. Adalah dipercayai dispora migrasi perkembangan Bani Israel ke timur telah berlaku sebelum abad masihi lagi (sebelum kerasulan Jesus PBUH);

2. Thomas dikenali sebagai seorang tukang kayu yang mahir dalam kerja-kerja pertukangan. Aku percaya, beliau mampu membaiki kapal-kapal dagang atau mungkin pernah mengambil upah membaiki kapal-kapal dagang atau terdengar maklumat dari kalangan kawan-kawan tukang kayunya bahawa jauh dari tempat tinggal beliau di bahagian timur (India) ada kelompok kumuniti Yahudi yang bertapak di Kerala, India; dan
3. Aku rasalah…ini bukan fakta sejarah…hanya pandangan peribadi aku jer…korang rasa cerita/filem Merong Maha Wangsa yang KRU buat tu faktanya ada kebenaran atau kebetulan mengatakan Merong dari tanah India ? Dari segi geografinya memanglah Muziris ni agak jauh sikit dari Goa…Tapi, penempatan Yahudi yang terbesar di India sehingga ke hari ini masih wujud di kawasan Cochin, Kerala (berhampiran dengan Goa).

Sesampai saja Thomas di Muziris, beliau kemudian bersampan ke Palayur (perkampungan kecil di bahagian barat Kerala). Sebenarnya majoriti masyarakat Palayur pada waktu itu masih berpegang kuat pada ajaran agama Hindu. Cumanya, melalui pembacaan aku…aku percaya Thomas ke Palayur selepas mengetahui bahawa di perkampungan ini terdapat ramai penduduk Yahudi.

Biasalah, kalau kita ke tempat orang…sebatang kara, bila kita tahu ada kelompok sebangsa dengan kita…dan kita plak nak memulakan kehidupan baru...sememangnya jalan terbaik adalah pergi kepada masyarakat yang dirasakan mudah untuk kita dampingi.

Dari pemahaman bacaan aku dalam kisah kehidupan Thomas di India ini, aku percaya…ada kalangan penduduk Yahudi yang sampai (atau bermastautin) di Palayur ini sudah mengetahui ajaran Jesus PBUH, sudah menganuti dan mengikuti ajaran Jesus PBUH, atau mungkin ada kalangan mereka yang sudah beriman dengan ajaran tauhid yang disampaikan oleh Jesus PBUH.

Malahan, aku cukup yakin…ada kalangan penduduk Yahudi di Palayur ini juga mungkin mengenali Thomas atau sekurang-kurangnya bila Thomas katakan kepada mereka bahawa dia adalah antara 12 pengikut Jesus PBUH…pastinya ada kalangan kaum Yahudi (khususnya yang berdagang) mengetahui perkara ini.

Seperti masyarakat Melayu kita, kalau kita ketahui ada seorang alim ulamak datang bertandang ke tempat kita…pastinya kita akan sambut dengan lapang dada. Aku percaya, kedatangan Thomas ke Palayur disambut mesra oleh masyarakat Yahudi bila mereka ketahui bahawa pengikut setia Jesus PBUH berada di hadapan mereka. Dari sinilah, Thomas meneruskan kelangsungan menyampaikan ajaran Jesus PBUH kepada Bani Israel yang bermastautin di bumi Kerala. Sepertimana yang dicatat dalam gospel menurut Mark 16:15 (selepas peristiwa pengsaliban Jesus PBUH)…Jesus PBUH mengarahkan agar semua pengikutnya menyebarkan injil kepada manusia seluruh dunia.

Di Palayur jugalah Thomas telah mendirikan rumah ibadah pertama ajaran Jesus PBUH di India. Melalui ajaran Jesus PBUH, ianya berjaya menarik minat masyarakat setempat yang lain untuk mengikuti dan mendalami apa yang disampaikan oleh Thomas.

Sebagai salah seorang pengikut setia Jesus PBUH, pastinya Thomas arif tentang apa yang disampaikan oleh rasulNya. Cara dan adab dalam penyampaian berdakwah pastinya beliau akan berlandaskan pada apa yang di tunjukkan oleh Jesus PBUH. Kerana itu jugalah, ramai dikalangan penganut agama Hindu yang beraleh dan bertukar pegangan agama mereka daripada Hindu ke ajaran Jesus PBUH. Palayur sememangnya dikenali suatu ketika dahulu sebagai penempatan penduduk yang beragama Hindu dalam kasta Brahmin.

Bila dah ada orang kaya dan berkedudukan, pastinya ada golongan yang berperingkat rendah seperti...kuli, buruh, pembantu rumah dan sebagainya. Melalui ajaran Jesus PBUH yang disampaikan oleh Thomas telah membuka mata mereka bahawa disisi Tuhan...manusia adalah sama dan tiada bezanya. Darjat dan pangkat bukan lesen untuk menindas golongan yang kurang berkemampuan. Seperti yang kita ketahui dalam sejarah masyarakat Hindu...klasifikasi darjat manusia dibahagi-bahagikan mengikut kasta. Jadi, apabila mereka mengetahui bahawa ajaran Jesus PBUH lebih mengangkat darjat manusia itu sendiri di sisi tuhan...makanya, ramailah penganut Hindu yang beralih ke ajaran Jesus PBUH.

Terdapat satu kisah (yang dianggap mitos) oleh masyarakat di Palayur, pada satu hari seorang swami Hindu Brahmin mencabar Thomas agar menunjukkan kekuasaan Tuhan ajaran Jesus PBUH di sebatang sungai berhampiran Palayur. Dengan izin Tuhan, air sungai di Palayur tersebut dilihat bergerak songsang. Takjub dengan kejadian tersebut, makin ramai meninggalkan agama Hindu sehingga dikatakan kuil-kuil Hindu lengang. Tak cukup dengan itu, Thomas berjaya menukar beberapa kuil Hindu untuk dijadikan tempat beribadat untuk pengikut ajaran Jesus PBUH.

Perkembangan agama ajaran Jesus PBUH ini telah membuahkan dendam yang cukup membara di kalangan penganut agama Hindu. Kesudahannya, Thomas mati di bunuh di daerah Mylapore pada tahun 72M.
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku asyik mengulangi perkataan "ajaran Jesus PBUH" bukannya "ajaran Christian" ?

Pertamanya, aku percaya...sebagai salah seorang yang dipilih sendiri oleh Jesus PBUH (a.k.a Rasul Allah Isa alaihissalam) untuk menjadi pengikut pertama dalam dakwah tauhid kepada yang Esa...Thomas sendiri tidak pernah tahu apa dia maksud "Christian". Malahan, nama Jesus itu sendiri pastinya akan disebut sebagai Isa al Masaiah (terjemahan Jesus Christ). Sebab, Thomas adalah bangsa Yahudi yang bertutur dalam bahasa hebrew/aramaic bukan greek.

Kedua, sewaktu berdakwah...Thomas tidak membawa gospel-gospel (samada Mattew, Mark, Luke atau John) dalam aktiviti dakwahnya. Kalau diambil kira fakta pendapat ahli sejarah bible...gospel terawal yang dikarang (Gospel menurut Mattew) adalah seawal sekitar 50 hingga 70 tahun selepas Jesus PBUH meninggalkan pengikutnya (selepas peristiwa pengsaliban). Kan pelik, sebagai seorang sabahat...pengikut setia kepada utusan Tuhan yang menerima ajaran secara langsung dari rasul menjadikan hasil karya orang lain (Gospel menurut Mattew) untuk dijadikan rujukan dan panduan berdakwah. Malahan, Gospel menurut Mattew itu sendiri tidak di ketahui siapa pengarangnya dikalangan penganut Christian.

Kesimpulannya, sebagai seorang yang bertauhidkan kepada satu Tuhan yang Maha Esa, Thomas menyampaikan ajaran dari Jesus PBUH dan bukan ajaran agama "christian". (Kalau aku nak ulas akan jadi lebih panjang...kena buka topik baru).

Apa yang berlaku...selepas kematian Thomas, evolusi dan asimilasi ajaran Jesus PBUH dengan penerapan budaya dan adat tempatan yang banyak dipengaruhi unsur-unsur agama Hindu dan campur tangan gereja-gereja Christian yang lebih berpengaruh di Eropah membuatkan ajaran Jesus PBUH sudah lari dari landasan sebenar (dan aku tidak berhajat mengulas dengan lebih jauh dalam hal ini...kena buka topik lain gak kalau bercerita tentang hal ini).

Penutup bagi blogging ini...

Sebagai seorang Muslim...kita wajib beriman dengan kerasulan nabi Allah Isa alaihissalam (a.k.a Jesus PBUH). Kita wajib beriman bahawa baginda Isa rasullulah yang diutuskan oleh Allah seperti mana rasul-rasul lain yang pernah diutuskan olehNya di muka bumi ini. Seandainya ada kebenaran sepertimana yang dicatatkan dalam gospel-gospel menurut Mattew, Mark, Luke atau John bahawa, Thomas adalah salah seorang yang dipilih sendiri oleh Jesus PBUH sebagai pengikut baginda...aku berpendapat kita juga perlu menghormati Thomas sebaris dengan para sahabat Rasullulah Muhammad sallallahia'alaihisalam. Cerita tentang mitos Thomas mengalahkan swami Hindu di sebatang sungai Palayur tu mungkin (aku ulangi "MUNGKIN" !!!) salah satu contoh "qaromah" yang dilakukan oleh Thomas dengan izin Allah. Sebab kalau kita rujuk dalam bible, pada waktu sebelum Jesus PBUH mengarahkan pengikutnya menyampaikan Injil kepada kaum Bani Israel...Jesus PBUH berdoa kepada Allah (a.k.a Eli dalam hebrew) agar diizinkan para pengikutnya itu diberikan kelebihan (seperti mengubati rasukan saka dan penyakit...rujukan Mattew 10:1) untuk menunjukkan kerasullan Jesus PBUH dan kekuasaan Allah semasa berdakwah.

Aku berpendapat, pada asalnya kedatangan Thomas ke bumi India juga sebenarnya bukanlah dengan niat untuk menyebarkan ajaran Jesus PBUH. Sejarah mungkin ada catatan yang lain, tetapi akal fikiran aku berkata...mungkin juga Thomas cuba lari menyelamatkan dirinya dari ancaman dibunuh oleh gerakan penyembah pagan pemerintahan Greek (atau Rom) setelah mengetahui saudara seangkatan beliau James anak Zabedee mati dipancung pada tahun 44M. Umum mengetahui, pada era selepas pemergian Jesus PBUH...ramai pengikut Jesus PBUH yang menerima azab seksaan dari penentang ajaran ketuhanan yang dibawa oleh Jesus PBUH.

Dan, ajaran agama yang disampaikan oleh Jesus PBUH adalah...tak lain selain ajaran mentauhidkan tuhan yang satu...iaitu "ISLAM" yang hanya mengaku tiada tuhan yang disembah selain "ALLAH".

Selebihnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui...


No comments:

Post a Comment