Thursday, April 7, 2011

Cerita Semasa di India

Lama sangat aku tak membloggingkan diri. So kali ini aku mengarut sikit. Sekadar nak mengupdatekan blog sendiri jer...

Urusan di sini buatkan aku sering sibuk sampaikan nak tulis benda baru terbantut. Blog orang lain rajin plak aku dok belek.

Pada waktu ini, dua cerita besar menjadi isu hangat di New Delhi.

Pertamanya: Desakan dari NGO agar PM India dan kengkawan parti politik bersekutunya sendiri di siasat berhubung dengan isu rasuah yang berlaku di negara India ini. Ini cerita tentang proses perolehan dan kerugian semasa Sukan Komenwel 2010 dan isu pemberian hak telekomunikasi sistem 2G kepada beberapa syarikat yang dikatakan menyogok parti-parti politik untuk mendapatkan hak pemilikan.

Kempen yang diketuai oleh Shri Anna Harre (gambar) ini telah berjaya mengembangkan pengaruhnya dikalangan beberapa individu terkenal untuk bersamanya. Amat menarik kalau dijadikan bahan kajian cerita untuk kita teladani kalau berminat untuk belajar erti perjuangan tanpa kekerasan. Beliau benar-benar pengikut taat pada apa yang telah ditunjukkan oleh Mohandas Mahatma Gandhi.

Keduanya: Kesihatan Sathya Sai Baba yang dikatakan sedang semakin pulih dari penyakit yang kronik.

Minggu lepas India baru sahaja meraikan kemenangan Kriket Dunia di Mumbai.

Apa topik yang aku nak sampaikan kali nie.

Di India nie...kalau korang belek-belek surat khabar atau cuba-cuba tengok berita online atau tv. Isu-isu berkenaan politik, kriket dan agama adalah bahan utama yang akan sering menjadi tajuk utama dalam berita mereka.

Minggu ini juga Liga Perdana India 2011 (India Premier League 2011-IPL 2011) akan bermula dengan team dari Kolkata akan bertembung dengan Chennai.

Maka minggu depan akan bermulalah perang cerita kriket di sini.

Rata-rata aku melihat mengamal media di sini sememang menjadikan kebebasan bersuara di negara demokrasi di India sebagai alasan untuk menyampaikan cerita yang orang India SUKA ingin tahu. Sudahnya, maklumat yang berbentuk informasi akan menjadi terlalulah kurang didedahkan dalam mana-mana isu berita yang dikeluarkan.

Jangan terkejut kalau aku katakan bahawa, Kriket di sini sudah dianggap sedarjat dengan AGAMA. Ramai yang sanggup melakukan apa sahaja sehingga ada yang dikatakan berani mati kerana kriket untuk pasukan yang disokongnya.

Bollywood macamana plak ?

Cerita-cerita artis bollywood kebanyakkannya bermusim. Kalau ada filem baru yang bakal ditayangkan baru ada cerita hot. Tak banyak sangat gosip panas yang selalu keluar di India nie. SEBAB ? Diorang kebanyakkannya selalu keluar negeri...so, manalah paparazi nie nak kejar kalau dah selalu sangat ke oversea.


No comments:

Post a Comment