Friday, April 29, 2011

Mengimarahkan Masjid Atau Marah di Masjid ?

Astagfirullah...mengucap panjang aku bila baca dan lihat di blog-blog yang ada di Malaysia tentang apa yang baru saja berlaku. Apa sudah jadi dengan budak-budak Melayu kita nie.
Apa yang bakal aku tuliskan pada kali nie tidak ada sangkut paut dengan politik. Maaf...aku tak menyebelahi mana-mana pihak. Kalau pun orang tu orang UMNO pun aku akan kata;"Kenapalah bangang sangat budak-budak nie...!!!" dah tak der tempat lain lagi ker nak lepaskan marah. Kenapa dalam masjid perlu diriuhkan dengn pekik terlolong.

Masjid atau dalam tulisan bahasa arabnya "مسجد" dari segi bahasa ialah "tempat sujud" (umum) atau dari segi makna istilahnya bererti "tempat mengerjakan ibadah"- khususnya sembahyang beberapa kemudahan lain.

Rasulullah tidak pernah mengajar ummatnya menimbulkan sifat kurang senang pada orang lain kalau berada di masjid. Kenapa mesti kita pertontonkan kejelikkan dan kebiadapan dalam rumah Allah. Malahan, ada hadith mengatakan kalau kita sedang membaca al quran di masjid perlu memperlahankan sura apabila ada Muslim sedang ingin bersolat di dalam masjid.
Masjid adalah rumah Allah. Dalam rumah tuhan yang kita sembah kita membuat onar. Dalam rumah tempat ummat Islam beribadah dicemari dengan kaki-kaki dari kaum musyrik. Selepas khutbah kita melalak tak tentu arah.

Aku cuma terfikir:"Macamana agaknya keadaan hati diorang nie masa solat Jumaah tadi...Akal mereka ditundukkan kepada Illahi atau memikirkan strategi nak melalak selepas solat Jummuah..." sudahnya dan pastinya fikiran tidak pernah cuba untuk khusyuk dalam solat. Motif dan objektif ke masjid adalah untuk melakukan bantahan atas niat orang lain.

Aku juga nak komen pasal individu-individu yang bersumpah laknat di masjid tersebut. Sememangnya hak mereka untuk melakukan tindakan yang dirasakan betul demi mempertahankan maruah dan cuba menegakkan kebenaran atas dakwaan yang dibuat. TETAPI, dalam keadaan sekarang ini; aku melihat...kewarasan dan kewajaran akal perlu digunakan sebaik mungkin. Dalam sistem pentadbiran negara Islam semasa zaman kegemilangan Islam di madinah dahulu- rakyat akan mengadu nasib pada Khalifah, Amir (si pemerintah), dan kadi (juga diangkat sebagai hakim) yang dilantik. Banyak permasalahn dibincang dan dapat diselesaikan di luar masjid. Kenapa mesti bersumpah di masjid. Apa...pejabat mufti atau imam atau kadi atau hakim syariah tak boleh digunakan. Nak kata waktu pejabat dah habis...kita boleh rancangkan masa yang sesuai. Oooo..pejabat mereka kecil kalau ramai sangat nanti jadi kecoh...Tapi kalau orang buat kecoh di masjid boleh ?!!
Apa yang cuba aku sampaikan di sini. Kalau pun betul ada kebenaran pada dakwaan yang mereka buat sehingga ingin melakukan sumpah laknat. Kenapa mesti masjid. Ohhh...sebab itu rumah Allah...demi kebenaran tanpa rasa takut untuk berhadapan dengan kebatilan maka mereka berani membuktikan mereka di pihak yang benar di dalam rumah Allah. Subhanallah...janganlah kerana beriya-iya ingin menunjukkan kebenran sehingga sanggup memperjudikan kesucian rumah ibadah tempat ummat Islam menyerahkan diri pada Illahi.

Saudaraku, Allah Maha Bijaksana, Maha Mendengar, Maha Mengetahui...Maha Esa bagi setiap percaturan terhadap manusia. Kenapa tidak dibuat sahaja sumpah itu di Mahkamah Syariah atau di Pejabat Kadi atau di hadapan mana-mana ulamak di laur masjid. Mesej yang aku ingin sampaikan mudah, apabila kita sudah tahu tindakan kita bakal menumbulkan suasana yang tidak aman di masjid. Kenapa mesti kita simbah api dengan minyak untuk memadamkannya. Jagalah kesucian masjid. Kekecohan dan tindakan biadap yang berlaku di masjid tersebut sebenarnya berlaku atas tindakan yang dikatakan atas dasar pembuktian kebenaran.

Kesimpulan yang tidak memberikan makna pada pandangan penganut agama lain....fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment