Tuesday, April 26, 2011

USD vs. INRupee

Dua tiga hari nie aku mula menggelengkan kepala. Aku hidup di sini dengan hanya bergantung pada duit elaun Dollar yang dihantar oleh IbuPejabat aku di Kuala Lumpur. Dollar tukar ke Rupee sudah mencecah 44.93. Kalau Tukar Dollar ke Ringgit Malaysia...lagi mengerikan...nilai RM sudah mencecah 2.98. Tiga tahun dahulu masa aku mula-mula memulakan tugas di India. 1 USD = 48 INR = RM3.60.
Keadaan makin lama makin menakutkan aku. Nilai duit dalam simpanan aku sudah jatuh. Kalau nak bawak balik Malayusia tukar ke Ringgit...aduh !!! Terasa ralat sesangat. BUkan sikit nilai ringgit yang akan aku dapat. Banyak jumlah kerugiannya kalau dibandingkan dengan 3 tahun dahulunya nilai.

Rata-rata kawan-kawan dan sedara mara di Kuala Lumpur pun ada yang mengeluh. Harga barang main naik. Inflasi semakin meninggkat. Dalam pada bank Negra kata kadar inflasi hanya 4 peratus. Tapi, sebagai orang yang berlatar belakangkan pendidikan perakaunan. Aku agak sangsi dengan angka statistik negara yang dikeluarkan.

Sejak minggu lalu, aku mula memikirkan secara serius untuk membeli emas. Aku mula melakukan kajian. Hasil penemuan aku, aku makin teruja untuk memilik emas. Antara yang paling mengejutkan aku, tahun lalu 2010- rupa-rupanya Reserve Bank India (RBI) telah membeli dari Federal Reserve America 800 ton metrik emas. Apalah sangat kalau nak dikatakan dengan 800 ton kan....TAPI, kita sedang memperkatakan tentang EMAS...800 ton !!!

Patutlah secara tiba-tiba tahun lepas RBI dok beriya-iya promote emas RBI untuk rakyat dia.

China juga sudah mula membeli dan menyimpan emas sejak tahun 2008 lagi malahan belum pernah lagi dalam sejarah kerajaan pemerintahan komunis tu mengeluarkan gesaan dan menggalakkan rakyatnya memiliki emas nah 2008 kerajaan China suruh rakyat dia simpan emas.

Melihat pada senario India...harga barang makin naik. Kalau pergi ke pasar duit aku mesti terbangnya dalam 300 ke 400 hinggit. Kalau pergi ke pasar borong belanja banyak tu...nah amik ko tak cukup tanah kereta nak di isinya.

Kos untuk eletrik dan air baru jer dinaikkan tarif. Minyak suku tahun pertama jer sudah dua kali naik. Kesian aku bila fikirkan pada golongan yang takder pendapatan. Mereka makin terdesak.
Inflasi di India berlaku agak unik kalau dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia (pada akulah...). Di sini hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran penggunanya memang menarik. Penawaran kurang, permintaan tak pernah cukup, subsidi kerajaan hanya untuk sektor pertanian sahaja, cukai tahapahatah yang dikenakan, TETAPI nilai rupee masih mampu bertahan dan memakin stabil.
Berbanding dengan apa yang berlaku di Amerika Syarikat. Dalam keadaan negara sudah berhutang sehingga 16 trillion Dollar. Lepas tu siap boleh hantar tentera perang kat timur tengah lagi skang nie. Seharusnya, rakyat Amerika akan menanggung beban perbelanjaan negara yang semakin tinggi. Ditambahkan lagi dengan pertambahan penawaran jumlah wang dalam pasaran sebanyak 200 juta Dollar (semuanya note 100 USD). Ini tidak akan membantu rakyat Amerika secara total, malahan akan membebankan lagi mereka dengan kemunculan hutang piutang baru yang bakal terjadi untuk mengawal perbelanjaan isi rumah yang dahulu. Susah sikit aku nak terangkan...maaflah kalau ada yang tak faham.

Kita lihat India pula, populasi rakyatnya sudah menjangkau 1.3 billion (mungkin lebih lagi). India sehingga hari ini hanya mengeluarkan atau menggunakan kurang 30 peratus sumber mineral dan komoditi yang dimiliki oleh mereka. Jumlah golongan pendapatan pertengahan sudah mencecah 350 juta orang dengan pendapatan per kapita INR 40,000 ke INR 60,000. Paling menarik...jumlah mata wang yang ada dalam pasaran pengguna India masih tidak mencukupi atau belum mencecah tahap optimun. Dengan kata lain, mata wang rupee masih kurang untuk diniagakan dalam pasaran domestik. Sebab itu, walaupun inflasi berlaku. Nilai rupee masih dianggap stabil.

Kenapa inflasi masih berlaku di India sedangkan ekonomi diorang tumbuh 7 peratus secara purata dan pasaran domestik mereka kukuh ?

Walaupun jumlah emas diorang cukup besar. Tetapi, nilai emas yang sudah ditukarkan kepada matawang perlu dibezakan. Ambil contoh, berat emas tulen kalau ditimbang dengan emas yang sudah dicampurkan dengan elemen lain walaupun timbangannya sama tapi dari segi nilai tak sama. Emas yang ada dalam pasaran di Inida sebenarnya sudah berubah di tokok tambah dengan lain-lain elemen macam copper or kuprum. Kalau kita pergi kedai mas pun, barang kemas emas dengan harga emas tulen kan dah berbeza. Nak aku terangkan kan memang tak reti, tapi cubalah tanya dengan yang arif.

Kalau macam tu...samalah dengan Malaysia !!! Aku ingatkan !!! Kestabilan rupee berbanding ringgit ada bezanya. India tidak memerlukan FDI yang tinggi utuk menjana ekonominya. Dengan menggerakkan ekonomi domestik sahaja, kitaran pusingan mata wang sudah mampu untuk memastikan tahap ekonomi mereka berada pada tahap yang selesa. Berbanding kita masih memerlukan sokongan dan kemasukkan FDI ke dalam negara. Kerana, pasaran domestik Malaysia terlalu kecil jika dibandingkan dengan India.

Kesimpulannya...aku memang akan beli emas sini...



No comments:

Post a Comment