Tuesday, January 24, 2012

Hari Republik India

Esok seluruh India akan bercuti. Hari yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat perarakan perbarisan sempena sambutan hari republik bukan hanya sekadar rakyat di India, tetapi ia juga menarik minat ramai warga asing yang berada di sini. Aku ? malaslah nak gi...hanya duduk depan TV jer tengok siaran langsung yang bakal ditayangkan.
India sebenarnya telah mendapatkan kemerdekaannya dari penjajah British pada 15 Ogos 1947. Kemudian, pada 26 januari 1950- India mengistiharkan bahawa mereka adalah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan berteraskan definasi REBUPLIK. Berbeza dengan kita di Malaysia, hari sambutan kebangsaan kita lebih kepada merujuk pada sambutan Hari Kemerdekaan (pada tarikh setiap 31 Ogos) dan Hari Penubuhan Persekutuan (setiap tahun pada tarikh 16 September).

Walaupun India mendapat kemerdekaan pada 15 Ogos 1947, sebenarnya INDIA masih belum memiliki satu bentuk perlembagaannya sendiri. Sebaliknya, undang-undang yang diguna pakai adalah berasaskan kepada perlembagaan yang diubah suai berdasarkan akta yang dikenali sebagai Kolonial India Akta 1935 dan negara Dominion (sebelum dikenali sebagai Komenwel).

Perlu diketahui, walaupun mereka sudah diisytiharkan merdeka, Raja George VI masih diangkat sebagai Ketua Negara dan Sir Earl Mountbatten sebagai Gabenor Jeneral. Pada 28 Ogos 1947, satu jawatankuasa telah dilantik untuk menggubal struktur perlembagaan yang akan diterima pakai, dengan Bhimrao Ramji Ambedkar sebagai pengerusi. Walaupun Hari Kemerdekaan India meraikan kebebasan dari penjajahan British, Hari Republik disambut bagi meraikan bermulanya kuat kuasa perlembagaan di India.

Sebelum draf perlembagaan India diluluskan. Satu sessi yang panjang telah diadakan dan sessi ini telah dibuka kepada orang ramai untuk selama 166 hari. Draf perlembagaan ini juga telah disebarkan keseluruh pemimpin politik di India selama 2 tahun, 11 bulan dan 18 hari.

Selepas perbincangan dan sedikit pengubahsuaian, 308 ahli-ahli Dewan menandatangani dua tanda tangan bertulis salinan dokumen (satu masing-masing dalam bahasa Hindi dan Bahasa Inggeris) pada 24 Januari 1950. Dua hari kemudian, Perlembagaan India menjadi undang-undang bagi semua tanah-tanah India. Perlembagaan India telah diluluskan pada 26 November 1949. Dan, ianya berkuat kuasa sepenuhnya pada 26 Januari 1950 untuk menandakan juga bahawa India telah bebas sepenuhnya dari pengaruh penjajah.

Berbalik pada perbarisan hari republik India nie. Apa yang best sangat dengan perbarisan nie ?

Macam perbarisan hari merdeka kita, perbarisan ini akan dihiasi dengan warna warni perarakan dari pelbagai sektor di India. Setiap negeri di India akan cuba mempertontonkan keindahan negeri masing-masing dengan kereta berhiasnya. Bahagian yang paaaaling ditunggu-tunggu dalam acara perbarisan ini adalah...perbarisan dan perarakan dari angkatan tentera India. Bukan sahaja kawad masuk dari segenap battion yang ada di India...Tapi, paaaling mencuri tumpuan pastinya penayangan kekuatan senjata ketenteraan yang dimiliki oleh India kepada umum dan dunia. Yeah !!! Jangan buat-buat pelik kalau tentera India all out masa nie...even, sessi pentayangan senjata ketenteraan ini jugalah yang menjadi tumpuan para "SPY" dari segenap dunia untuk mengukur kekuatan sebenarnya senjata dan teknologi yang dimiliki oleh tentera India. Dari yang seringan-ringan leh pegang dengan tangan sampailah yang besar dan menakutkan. Cuma biasalah...diorang takkan tayang semualah kan...

Kalau dapat peluang korang pergilah tengok. Kenapa aku malas nak gi plak ?!!!

Kalau nak tau...sesiapa yang nak pergi tengok perarakan hari republik nie tak boleh bawa handphone, payong, barangan tajam cam pisau/gunting/pemotong kuku palaaaing aku tak paham diorang tak kasi bawa kamera. Parking kereta plak jauh sesangat. Korang akan dipaksa berjalan kaki sejauh 3 km dari kawasan parking untuk ke tempat duduk (kalau adalah reserved untuk korang). That why lah aku maleh nak gi walaupun aku pernah dapat jemputan (dari kengkawan aku di sini). Jem disekitar bandar Delhi jangan cakaplah...road block polis boleh kata merata tempat. Sampaikan korang akan rasa macam berada dalam keadaan negara yang sedang berperang pulak bila kelihatan tentera dan polis bawak senapang selamba die jer cam bawak beg shopping.

2 comments:

  1. tq atas maklumat, sy berpeluang untuk hadir ke sana. alhamdulillah, walaupun a little bit of suffer, sy dpt pengalaman yg hebat melalui acara tersebut dan beats the retreat 3 hari kemudian.

    ReplyDelete