Wednesday, February 8, 2012

Cerita Bhutan...Land of Happiness (01)

Aku lari sekejap topik blog aku...asyik citer pasal India jer...aku rasa elok gak kalau aku share ngan yang membaca cerita ngomel aku di sini pasal trip aku ke Bhutan baru-baru nie. Selama 5 hari 4 malam aku di sana, banyak pengalaman yang aku timba. Negara Bhutan nie sesaaaangatlah sesuai kepada mereka yang cuba mencari suatu kelainan dalam pengembaraan kalau berminat. Pengalaman di sana sememangnya tak kan korang dapat di mana-mana tempat yang lain di atas muka bumi ini.
So untuk ceciter kali nie aku kasi general story jer dulu pasal Bhutan nie...

Aku menyinggah ke negara Bhutan nie pun rezeki aku lah kan...ada conference di sana...dah HQ aku suruh gi...aku pun belasah jerlah...lagi pun memang aku teringin nak ke sana dari dulu sejak aku mengenali negara nie.

Bhutan nie negaranya kecik jer...lebih kurang besar saiz Selangorlah kalau aku boleh gambarkan. Penduduk die pun cuma ada lebih kurang 650 ribu jer. Majoriti manusia di sini menganut agama Buddha. Hindu kecil sesangat jumlahnya. MUSLIM ?!!! Zero persen. Sebab tu cabaran paaaling besar yang aku hadapi di sana bab MAKAN. Lain-lain tak jadi masalah besar. Nasib baik aku n d geng (aku berenam di sana) bawak bekal makanan lebih sikit. Dapatlah alas-alas perut dan kami di sana...sepanjang hari jadi vegetarian jer.

Sesampai jer aku di airport Paro (bandar di Bhutan)...gambar pertama yang menyambut kami dari jauh mata memandang...Raja Bhutan...hensem seh...pemaisurii die pun jelita. Negara Bhutan nie masih mengamalkan sistem beraja.

Tetapi, demokrasi masih menjadi amalan dalam pemilihan pemimpin tertinggi untuk mengisi kerusi di Parlimen. Macam kita di Malaysia lebih kurang. Cumanya, di Bhutan...Raja mempunyai kuasa veto yang cukup besar dan mampu mempengaruhi sistem pemerintahan. Pendek kata....apa jua keputusan yang ingin dibuat dan apa-apa idea dari Raja juga akan menjadi kata putus mutlak di Bhutan. Mana-mana area kalau korang pergi di Bhutan nie...gambar Rajanya akan terpampang di sana-sini...dah jadi sama banyak dengan ilutrasi Buddha yang bersepah merata di sekitar Bhutan.

Lepas amik beg kami berkereta untuk check in ke resort yang dah di booking. MAKAnya bermulah perjalanan kami di Bhutan nie. Keluar saja dari airport...nah...mata aku tak putus-putus memandang suasana di daerah baru yang aku rasa cukup asing...cukup cukup lain dari tempat tempat yang pernah aku kunjungi. Pertamanya...aku teruja dengan cara pemakaian orang-orang di sini. Kalau di airport memang aku dah di sambut dengan cara pakaian tradisi orang-orangnya di sini...aku ingatkan, mungkin diorang nak tunjukkan budaya berpakaian tradisional mereka kepada pelancong luar...tapi sebenarnya...cara pemakaian tradisi di sini sememangnya merupakan pakaian harian buat mereka.
Ala-ala scotish sikit pun ada...bezanya cuma...untuk pakaian yang lelaki tu...korang bayangkan die cam ala-ala kimono (aku tak taw apa namanye) tapi dipakai secara singkat sikit ke paras lutut. Pelik aku mulanya...aku tanya, "tak sejuk ker pakai pakaian cam tu ?"...diorang kata still sejuk...tapi dah dari kecik diorang pakai cam tu- so cuaca sejuk dah jadi biasa pada mereka.

Mereka cukup bangga memakai dan memperagakan baju tradisi mereka...Cuba bayangkan kalau kita pakai baju melayu hari-hari...mau orang kata buang tabiat...Tapi tidak pada mereka. Samada rasmi ker...nak gi kerja jer...bersantai ker...pakaian tradisi sudah sebati dalam jati diri mereka.
Perjalanan dari airport ke resort juga menyajikan kami dengan pemandangan yang aku sendiri dapat rasakan seakan-akan aku sedang dalam suasana cerita-cerita lama cam filem Jepun or negara China. Dunia sudah maju dengan teknologi yang canggih manggih. Tapi, mereka masih mengamalkan cara kehidupan yang secara tradisinya diwarisi turun temurun sejak ratusan tahun. Mereka menanam padi dan bercucuk tanam untuk penggunaan sendiri. Takder nak eksport ke mana-mana. Menternak haiwan haiwan peliharaan juga untuk kegunaan sendiri. Setiap rumah di sini masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dan hampir setiap rumah juga akan ada kandang untuk haiwan peliharaan masing-masing samada untuk kuda ponny, keldai, lembu atau yak (binatang seakan-akan seladang berbulu lebat). Kambing ? Tak pulak aku jumpai di sini. Cerita bab rumah nie ada citer besh aku nak share ngan korang...Tunggu...aku tengah touch up sikit gambar-gambar yang aku amik...mesti korang sukanya.

Sampai aku di resort yang kami nak duduk...aku mula-mulanya agak musykil sikit...apa taknye kena masuk jalan kampung. Tapi, bila dah masuk bilik...not bad lah...Setakat nak duduk...

Lupa aku nak kasi taw...korang taw...masa aku sampai...Suhu di Bhutan masih lagi zero degree celsius. Cuma tak der salji jer...Menggigil aku...Hari pertama- tak sampai 5 jam...bibir aku dah mula merekah kering...Aduh...cepat-cepat aku cari butter sapu kat bibir. Malam lagi sejuk...die jatuh sampai negatif 4...Kitorang siap buat eksperimen lagi letak botol air mineral kat luar...pagi esoknya dah ada ais...tinggal nak letak sirap jer...

Pergi ke mana-kama pun di Bhutan nie korang takkan leh lari dengan elemen pegangan Budha dari penduduk setempat. Maksud aku, penerapan ajaran agama yang diorang anuti nie memang akan korang dapat lihat di sekeliling negara ini. Kat pintu ada simbol Budha. Kat dinding ada gambar Sami. kat pokok ada tangkal. Kat tepi jalan ada bendera mentera. Stupa di sana sini. Pendek kata...setiap penjuru kalau korang berdiri di mana-mana jua kawasan, mata korang takkan terlepas dari tertumpu pada objek yang berunsurkan Budha.

Seperkara lagi di Bhutan nie...Subhanallah...mata korang akan di sajikan juga dengan pemandangan yang sungguh menyejukkan mata. Damai...keindahan bumi yang masih mengekalkan warisan peninggalan alam semula jadinya membuatkan aku cukup kagum. Kerana dalam dunia kemodenan...mereka memilih untuk tinggal dan kekal dengan cara kehidupan seperti nenek moyang mereka.

Semuanya akan aku kongsikan dalam blogging akan datang...gambar-gambar pun banyak aku nak share...banyak sangat...aku juga akan kongsikan tempat-tempat yang aku singgah...cam biasalah...tungguuuu...

8 comments:

  1. untung nye sedara dpt pegi sana,aku slalu jer baca pasal bhutan,negara yg masil menjaga amalan budaya mereka dgn ketat..pengaruh2 luar mmg ketat di kawal dri masuk dlm negara tuh..dan dilimit kn brape ribu plancong je leh masuk dlm setaun..terbaik lah ko berpeluang,ada jgk org mesia smpai sne he3

    ReplyDelete
  2. would like to listen ur bhutan story personally..do contact my email if free.. (choc_donat@yahoo.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi...any particular thing u wanna know...do email me ... am happy to help...tq

      Delete
  3. salam. tumpang tanya encik amirul. bagaimanakah caranya jika hendak membuat penerbang dari malaysia ke bhutan? berapakah cost selesa untuk 3h2m di sana? saya bercadang hendak backpackers ke sana. terima kasih

    ReplyDelete
  4. Alaikumussalam...dan Assalaamualaikum wa Rahmatullah kembali

    Untuk ke negara Bhutan ada tiga pilihan negara kita boleh masuk...samda dari Thailand, India atau Nepal bagi penduduk bukan dari negara Asia Selatan. Kita hanya dibenarkan masuk melalui pintu Airport Paro, Bhutan.

    Anda boleh pilih samada nak terbang dari Bangkok, Guwahati, Kolkata, New Delhi atau Kahtmandu (setakat yang saya tahu...mungkin ada route lain...may be)

    Kos yang selesa...bergantung pada anda sendiri...pada masa saya pergi...pada masa itu saya dikehendaki bayar USD 200 per nite...pada waktu ini saya kurang pasti...kos hotel mengikut kadar hotel lah...tapi saya syorkan agar anda stand by duit USD lebih sikit just untuk hotel, transport (takderlah mahal mana sebenarnya) dan tips untuk guide (pun tak mahal mana...diorg cukup happy kalau kita just bagi USD 50 untuk sepanjang trip kita)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow! 200usd - rm600+ sehari untuk hotel? ada hotel2 budget bellow 200usd selain hotel yg encik nginap? sememangnya bhutan bukanlah percutian budget untuk para backpackers. tapi saya amat berminat untuk hiking ke temple yg ditebing gunung di bhutan

      Delete
  5. nak tanya...if ladies g travel sana selamat tak?

    ReplyDelete