Thursday, May 26, 2011

Bandar Merah Jambu Jaipur

Seperti yang aku janjikan...blogging kali ini kita akan berceritakan tentang Jaipur. Juga dikenali sebagai the Pink City. Kenapa dinamakan the Pink City. Sebab, bila korang sampai ke bandar ini...kebanyakkan bangunan di sini akan di cat dengan warna merah jambu. Tapi, pada mata aku tak derlah warna merah jambu sangat. Ianya lebih kepada warna oren kemerahan. Adalah juga warna pink yang korang boleh jumpa.

Dikatakan juga, sebenarnya penduduk di Jaipur mewarnakan bangunan dan rumah mereka berwarna merah jambu sebab nak mengindahkan bandar mereka sempena dengan kedatangan putera dari British pada masa era pemerintahan Inggeris dulu.

Anyway, itu cerita lama. Elok kita cerita apa yang ada pada hari ini. Bandar Jaipur nie bandar yang sudah beratusan tahun usianye. So, kalau korang sampai sini, korang akan tersengeh memanjang dengan tali, wayar, dan macam-macam benda tergantung, terjojol sana sini. Sehinggakan municipal di sini nak membuat perancangan bandar pun agak sukar kerana terlalu banyak lokasi bersejarah yang perlu dijaga.

Nak datang ke sini dari Delhi ada tiga cara. Naik kapal terbang or driving or naik keratapi. Aku suggest ? Naik kereta jer senang...tapi perjalanan boleh sampai dalam 6 jam kalau bawak dengan pemanduan secara relax. Naik keretapi...3 jam jer dah sampai. Tapi, make sure kalau beli tiket tu tiket yang confirm ada seat. Jangan nanti korang terbeli tiket waiting list. Kat India nie....kalau bab naik keretapi yang horror nyer tang kat stesen keretapi die...manusia macam-macam peel boleh kita lihat. Pemandangan masa train mulakan perjalanan pun silap-silap korang tak lalu nak makan. But once train dah bergerak jauh dari stesen...Aku rasa pengalaman untuk mengenali India lebih seronok dengan menaiki trai. Tak macam train KTM kita di Malaysia. Train di sini kalau kalau kita naik 1st Class...Selesa. Ada makan. Perjalanan lebih lancar dan seronok berbanding kalau nak kereta. Lambat sampai, bumping tak sudah-sudah. Debu sana sini. Aku dah sampai Jaipur adalah dalam 3 4 kali. Sekali jer aku naik kete. Selebihnya aku naik train jer.

Jaipur merupakan ibu negeri bagi Rajasthan. Rajasthan nie plak terkenal dengan gurun/desert. So, kalau sesapa yang nak datang time skang nie. Be ware, coz you all can expect suhu die lebih panas banding sebelum sampai dari Delhi. Bukan itu saje, makanan di sini juga kebanyakkanya agak pedas sikit banding dengan selera kita. Sebab mereka kata untuk mengatasi suhu panas, kita perlu buat suhu badan kita juga selari dengan suhu panas sekeliling.

Apa yang best di Jaipur nie. Korang boleh google jer di internet. Kebanyakkannya akan memaparkan bangunan peninggalan pemerintahan raja lama di Jaipur. Banyak kota-kota lama macam Amber Fort (disebut Ameer Fort), Albert Hall, Hawa Mahal dan macam-macam lagi. Cuma sediakan duit lebih sikit. Coz, kebanyakkan bangunan yang korang akan lawati ini akan dikenakan caj masuk yang berbeza-beza. Yang pastinya, foreigner akan dikenakan caj lebih mahal banding dengan orang local.

Aku suka ke Jaipur nie sebab...di sini banyak barangan kraf yang pelik-pelik korang boleh dapat. Warna semua garang-garang. Nampak seni dari India tu ketara sangat. Cuma hati-hati. Jangan main beli apa yang berkenan di hati. Coz, harga di Jaipur kekadang melampau mahalnya. Kekadang kita boleh dapat barang yang sama dengan harga lebih murah di Delhi. Teknik bargain...sama dengan apa yang dah aku tulis pada blogging yang lepas-lepas.

Kebiasaanya orang yang datang ke sini banyak yang membeli bed cover, sarung katil, sarong bantal, or baju linen. Coz seni cetakkan yang berasaskan vegetarian. Baju pun ada veg tau bukan makan jer...

Yang pasti, jangan lupa melawat Cultural Cillage mereka. Korang boleh belajar macamana kehidupan kaum nomad Rajasthan di sini.

Penduduk di Jaipur pada aku ramah-ramah orang nye. Kalau tersesat, jangan segan-segan untuk bertanya pada mereka. Cumanya, yang aku agak kurang berkenan dengan bandar nie...apa jer yang korang nak experience as tourist akan ada caj. Macam-macam, sampai benda remeh temeh pun diorang akan caj. Tak perlu aku cerita, korang experience sendiri. Baru trill...Boleh jadi bahan lawak bila balik Malaysia nanti.

Pada yang minat batu/gem untuk buat cincin ker...loket rantai ker...jaipur mungkin lokasi terbaik buat korang. Cumanya kalau dah beli tu jangan lupa minta sijil batu tu. di India nie kalau korang beli barangan kemas, pastikan ada sijil...bukan apa, bukti ketulenan tu sebagai jaminan kalau jadi apa-apa pada barang kemas tu nanti. Harga ? Bergantunglah pada saiz dan batu apa yang korang nak beli.

Bila sampai ker Jaipur, kalau nak shopping or amik gambar...Berjalan kaki adalah yang paling baik. Cuma dengan cuaca panas pada waktu ini. Cap dan payung jangan abaikan. Bawak sekali. Air sememang tak boleh tinggal dalam perjalanan. Wet tissue juga bagus kalau di bawa sekali. Sebab debu dari gurun tambah dengan kuari-kuari mar-mar yang ada banyak berhampiran bandar ini akan buat korang rasa kurang selesa sikit nanti.

Bila berjalan tu mata kita kena sentiasa aware kiri kanan. Takut-takut bukan manusia yang mengacau kita. But, bandar Jaipur nie sebenarnya terkenal juga dengan kerenah kera-kera yang berkeliaran liar di sekitar Jaipur. Kera di Jaipur memang terkenal dengan sifat nakal. Di sini jugalah ada kuil untuk kera yang kalau korang pernah tengok NatGeo tu ada di Jaipur.

Pada aku, kalau korang dah explore Agra sebelum ke Jaipur. Rata-rata pemandangannye hampir sama cuma budaya masyarakat jer yang agak lain sikit. Cuma di Jaipur agak kering. banding dengan Agra yang berhumidity tinggi.

Banding dengan jaipur...aku suka suggestkan korang pergi Udaipur...But, trust me...it's not cheap...

No comments:

Post a Comment