Thursday, May 12, 2011

Kepanasan Melanda di New Delhi

Kalau orang Malaysia tengah berpeluh dengan tahap kepanasan melampau. Di sini juga tidak ada bezanya. Malah, kepanasan di sini lebih lagi.

Suhu sejak seminggu yang lalu secarapuratanya 40 ke 42. Hari ini jer dah naik ke 43 darjah celcius. Malam juga masih berlegar suhunya dalam 39 ke 40 darjah. Bayangkanlah keadaan kami di sini.

Mengikut Jabatan Kaji Cuaca di sini. Suhu ini naik lebih tinggi pada tempoh akhir bulan nie...Aku cuma nasihatkan kepada yang nak datang di New Delhi nie. Kalau boleh tangguhkan...tangguhkan dahulu. Kalau bercadang nak bawa anak kecil...minta maaf, aku tak galakkan. Nak shopping di New Delhi akan menjadi seolah-olah korang berjalan dalam oven. Masalah di sini, bukan sahaja tahap kepanasannya yang tinggi. Tetapi bahang panas boleh dirasakan bila angin bertiup menyapa muka korang. Betul....heat wave die boleh buat muka korang rasa cam kering sesangat. Tak macam di Malaysia...kalau panas cam mana pun bila angin tiup ada juga udara sejuk membelai muka. Sini kalau angin tiup...terus cari air nak basahkan muka.

Debu di New Delhi akan lebih memburukkan keadaan kesihatan bagi mereka yang kurang daya ketahanan. Dah 2 hari kepala aku asyik dok pening dengan panas nie.

Kena banyakkan minum air dan makan makanan yang berasaskan air. Nak mandi punkena tunggu air sejuk sikit. Kalau mandi air direct dari tangki yang dipanaskan oleh matahari...yang nielah punca utama kenapa masih banyak penyakit sopak kat India nie...

Kalau tak percaya...pada yang sampai kat Delhi...dari kuar airport lagi korang akan rasakan kepanasannya. Just ingat...minum banyak-banyak air sebelum korang land di airport. Kalau nak datang jugaklah...

No comments:

Post a Comment