Tajuk kat atas tu bunyi nye: Tips Untuk ke New Delhi
Sejak kebelakangan ini aku terima banyak email dari kalangan pembaca yang menjadikan blog ini sebagai rujukan mereka sebelum sampai ke India (terutamanya yang ingin ke New Delhi).
Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah ke blog aku ini.
Baiklah, blogging kali ini aku cuba menyampaikan beberapa perkara yang mungkin boleh untuk dijadikan tips kepada mereka yang ingin ke New Delhi. Rata-rata aku perasan yang akan datang ke sini semuanya kerana tertarik dengan harga tiket penerbangan yang ditawarkan oleh penerbangan AirAsia. Memang tag line diorang “Now Everybody Can Fly” betul-betul membuatkan ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk sampai ke sini.
Segala yang cuba aku catatkan di sini aku cuba sampaikan kepada mereka yang pertama kali akan sampai ke sini. Tapi, tak derlah 100% boleh digunakan. Bergantung pada sejauh mana kekuatan diri masing-masing. Samada mental mahupun fizikal.
Pertamanya, kepada mereka yang akan sampai dalam musim panas sekarang ini. Kebiasaanya musim panas akan bermula seawal minggu kedua bulan March. Panas akan menjadi kemuncak pada hujung bulan Mei sampailah hujung bulan Julai. Apa yang perlu diberikan perhatian. Suhu panas yang boleh menjadi melampau di sini. Pada kebiasaanya suhu 40 ke 42 darjah Celsius tu biasalah. Tetapi, jangan terperanjat pernah suhu naik sampai 47 degree. Jadi, air memang kena banyak minum di sini. Kebiasaanya aku akan nasihatkan mereka minum air siap-siap dari atas kapal terbang lagi. Sebab, bila cuaca panas nie…keluar sahaja dari airport New Delhi korang dah boleh rasa bahang die. Walaupun, waktu malam…jangan terkejut plak suhu dia still boleh main dalam 38 or 40 degree. Cabaran musim panas di New Delhi nie…panas die panas yang membahang. Kalau angin yang lalu tak bersama dengan air sepoi-sepoi. Tapi, heat wave yang boleh buat kulit muka kita terik rasanya nanti.
Rata-rata yang aku tau kebanyakkan yang akan datang ke sini berkeinginan nak lihat Taj Mahal. Ada kebaikkan sebenarnya kaalau datang lihat Taj Mahal musim panas nie. Kalau kita ambil gambar…gambar Taj Mahal kat belakang kita akan jadi clear berbanding kalau datang jengok pada musim sejuk. Musim sejuk biasanya Agra akan diselubungi dengan kabus/foggy. Chalengge bila musim panas kalau ambil gambar nie…Taj Mahal akan mudah jadi too much exposure…Gambar jadi putih silau nanti.
Apa pun, selain minum air banyak…aku selalu nasihatkan…aku tak berapa galakkan sesiapa yang perut tak lasak tu…jangan ingan minum air mineral di India nie korang akan selamat dari masalah sakit perut. Aku selalu nasihatkan kengkawan agar cari air distil water/air suling or kalau susah sangat nak jumpa distil water…minum air RO jer…bukan apa, kandungan mineral dalam air mineral di India nie sebenarnya tinggi berbanding dengan mineral dalam air di Malaysia. So, jaga-jagalah sikit kalau beli air dalam botol tu yer…Antara jenama yang aku leh suggest…cari air botol minum Aquafina, Qatch or Kentley…lain-lain tu aku tak berapa pasti. Andai kata kalau kena gaklah sakit perut…yang paling penting, korang kena alert dengan berubahan keadaan kerut korang. Bila rasa-rasa dah mula sakit perut lain macam jer tu…Cepat-cepat cari Yakult. Betul, aku tak tipu. Pil chit kit ta oun pun kadang-kadang tak jalan. Air Yakult paling best solution setakat ini yang aku selalu nasihatkan.
Makan cam ner plak…? Makan jer apa yang korang rasa nak makan kat sini. Selagi pada pengamatan krang tempat tu bersih ok. Cuma aku ingatkan . Bila order tu Tanya betul-betul kedai makan tu…berapa besar potion makanan diorang. Kadang-kadang satu potion nasi beriani di sini boleh makan untuk empat orang kita. Samalah denga saiz roti nan or peratha diorang. Satu roti nan or paratha kekadang boleh makan untuk tiga orang kita.
Begger: kat sini bersepah. Dari yang mengendong anak…yang cacat…yang berlakon muka kesian (penuh penghayatan). Nak bagi ker tak duit kat diorang ? Kalau nak bagi…bagi. BUT, make sure tingkap korang jangan bukak/turun sampai habis. Amat berbahaya. Taknak bagi…buat muka seposen jer…jangan layan. Aku bagi nasihat kejam !!! Bukan kejam…aku cuba menyemalatkan korang sebenarnya. Kalau rasa diri taknak jadi macam gula kena kerumun semut. Ikut jer nasihat aku.
Aku juga slalu nasihatkan pada yang nak berjalan-jalan tu…kalau boleh tak payah ler bawak passport merata-rata. Tinggalkan jerk at hotel. Bawak pothostat passport dengan visa korang. Kat India nie…biar hilang kad pengenalan dari hilang passport…Seksa wooo kalau dah hilang passport nie. Macam-macam report nak kena buat nanti.
Duit nak tukar mana ? Kalau aku bagi tau nie mesti korang pelik…Bawak ringgit dating sini. TETAPI, jangan tukar kat hotel…diorang amik murah. Korang tukar kat kedai-kedai tepi jalan di New Delhi nie. Maksud aku, mana-mana pengurup wang yang beroperasi bukan dari hotel. Bcoz, kalau korang bawak USD. Skang nie bukan masa terbaik untuk dapatkan rupee banyak2 dengan dollar nie. Better bawak selain dollar USD.
Shopping plak ? Korang refer jerlah kat blogging aku yang lepas2…aku rasa hamper apa yang aku nak sampaikan ada dalam blogging yang lalu.
Kalau nak bawak charger or barang eletronik…kat sini pakai pin bulat…bawak sekali international pin plug. Kang menggagau plak nak chager bateri ker…hp ker dah tak leh masuk kat plug sini.
No comments:
Post a Comment