Monday, May 23, 2011

ट्रिप सगी तिगा Emas

Tajuk: Trips Segi Tiga Emas

Tiga lokasi: New Delhi + Agra + Jaipur = Golden Triangle

Kalau semalam aku berceritakan tentang tips sebelum dating ke India. Kali ini tips-tips kalau korang pergi melawat ke tiga lokasi yang menjadi destinasi kebiasaannya dijadikan lawatan pada mereka yang datang ke bahagian utara India.

Aku rasa aku dah banyak ceritakan tentang New Delhi. Agra ? Taj Mahal pun dalam blogging yang lalu pun aku ada gak ceritakan serba sedikit tentang Taj Mahal nie. But, elok aku berikan beberapa perkara bagi yang nak ke Taj Mahal nie.

Pertamanyer…kalau korang sewa kereta dari New Delhi…Make sure suruh driver drop korang kat weastern gate. Coz gate sebelah sini lebih selamat dari malaun-malaun yang nak cekik darah korang. Kalau Tanya aku. Kalau korang setakat nak bergambar di Taj Mahal…Tak payah ler terpengaruh dengan individu-individu yang akan mengofferkan diri kereka untuk jadi tour guide korang. Sebab diorang nie kadang-kadang menyemakkam mata kita. But, again bergantung pada koranglah. Aku takkan halang kalau nak ambil diorang nie. Coz, ada yang akan bagi standards price. Atau ada yang dah desperate tu…korang leh bayar perkhidmatan mereka nie base on pekuasan korang.





Itu tak derlah memeningkan kepala sebenarnya. Perkara paling mencabar kesabaran korang bila nak sampai ke kawasan parking di Taj Mahal. Belum pun kereta kita berhenti dah ada yang datang berduyung-duyung menghurung kereta kita nak jual barang souviner. Ini paaaaaling aku menyampah kalau ke Taj Mahal nie (aku dah sampai ke Taj Mahal nie empat kali dah…). Kalau rasa nak beli…coz naluri kesian korang akan terdetik gak masa tu…Terus potong harga 75% dari harga yang diorang offer. Betul…aku tak tipu…Jangan ada rasa ragu-ragu…Aku bagi contoh: kalau ada yang datang bawak t shirt taj mahal macam-macam colour. Bila die offer sehelai 500 rupee. Buat muka seposen korang kata nak dengan harga 500 sepuloh helai. Memang die gelak-gelak…But, korang buat muka seserius mungkin. Pengalaman aku di Taj Mahal…aku pernah beli t shirt Taj Mahal di sana dengan harga Rs. 750 untuk 12 helai t shirt. Berbaloi ? Memang berbaloi…

Tiket untuk masuk ke Taj Mahal: untuk foreigner kite kena bayar Rs। 725.



Nak masuk ke Taj Mahal korang kena lalui security screen. Just make sure bawak apa yang patut jer. Lepas jer security test…Cabaran seterusnya…Korang pasti akan berhadapan dengan malaun paparazzi yang nak offer korang amikkan gambar then diorang akan printkan instant photo. Kalau rasa konon-kononnya dah alang-alang sampaikan…elok gak kalau ada juru gambar pro yang tolong amikkan. PERKARA paling penting…korang kena tetapkan berapa klik gambar, berapa keping gambar n berapa harga. Katakan korang setuju untuk ambil khidmat juru gambar nie…then setuju untuk ambil dalam 36 klik, 36 gambar dengan harga sekian-sekian…SO…make sure bila korang keluar nanti…36 gambar dibayar dengan harga yang dah korang deal. Bcoz, diorang akan amik gambar lebihnye…percayalah…then caj dengan harga ikut suka hati mak bapak diorang. Kalau rasa hati kering ada dalam diri korang…amik jer semua gambar yang die dah print lebih tu..then bayar ikut harga yang dah kite janjikan. Korang kena cekalkan jiwa…Kata kat die kuat-kuat biar orang sekeliling leh dengar “Deal is Deal !!!”.

Aku juga akan nasihatkan korang tak yah bawak video camera. Bawak camera yang dah ada buit in video recording jer. Coz, dalam kawasan Taj Mahal diorang tak kasi bawa video camera. Kalau yang muslim tu. Bila dah masuk Taj Mahal…bawak-bawak ler solat kat masjid tepi bangunan Taj Mahal tu yer…Taj Mahal nie sebenarnya kita dating ziarah kubur Mumtaz Mahal ngan Shah Jahan. Jangan kubur kita lawat masjid tak jengok.








Nanti aku sambung bab jaipur plak yer…

2 comments:

  1. Salam bro..ada emel tak?
    saya ada pertanyaan sikit pasal nk g travel ke india
    tq
    ni emel saya
    noor
    nameless_163@yahoo.com

    ReplyDelete