Wednesday, November 16, 2011

Lagu Rakyat Penghibur Lara

Sewaktu British nak menyerahkan kemerdekaan kepada India...antara yang menjadi syarat yang mesti dipatuhi oleh pemimpim politik di India adalah meminta agar semua pemerintah tempatan yang dikenali sebagai Raja, Maharaja, Sultan, Raj dan sebagainya nie menyerahkan kuasa pemerintahan sepenuhnya untuk menjadikan India sebagai sebuah negara Republik.

Korang tahu berapa ramai pemerintah tempatan ? Dikatakan pada waktu nak sign tu jumlah raja-raja yang terlibat beratus orang. (bukan negeri bukan daerah....aku katakan tempatan) Asal mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam satu-satu kawasan tu akan diminta menanda tangani bahawa kuasa pemerintahan di tanah India akan diletakkan dibawah bidang kuasa Federal Parlimentary Constitutional Republic.

Jadi kalau dah beratus rajanye...mestilah banyak budaya yang diwakili kan...bila dah banyak budaya mesti banyak warna-warni seni yang ada di India nie. Macam cerita filem kesultanan yang pernah kita tengok dulu-dulu...istana raja-raja Melayu nie mesti ada pesta tari menari yang dipersembahkan dihadapan raja mahupun kumpulan rombongan kenamaan yang datang.

India nie tak terkecuali. Kalau dapat berjalan merata seluruh alam bumi India nie....kita dapat lihat terrrrlalulah banyak budaya kesenian yang mereka miliki. Dulu-dulu manalah diorang reti nak berkareoke nie...mana ada disko ker...pub ker...televisyen lagilah jauh...letrik pun wujud pada masa awal 1960 di India nie. Sampai sekarang pun bekalan letrik tak cukup dikawasan kampung-kampung. Jadi, budaya berhibur dikalangan mereka nie adalah datang dari kumpulan-kumpulan yang diwarisi dari nenek moyang mereka.

Berbanding dengan orang Melayu, kalau di senaraikan permainan tradisi...aku rasa (ini pendapat peribadi) orang-orang Melayu dahulu kala punya lebih banyak permainan tradisi yang boleh dijadikan aktiviti mengisi masa lapang berbanding dengan orang India. Aku tak pasti samada aku yang kurang berpengetahuan atau tak jumpa lagi. Tapi, sepengetahuan aku...kalau nak cari senarai bentuk genre lagu dan tarian...Kita Melayu kalah tang nie. India punya beratus genre muzik dan tarian kalau nak buat persembahan tarian.

Mungkin kerana (maaf kata...) kalangan raja-raja India nie bukan Islam dan minum arak menjadi tabiat mereka...dan bila dah mabuk tu mestilah nak ada hiburan kan...jadi hiburan tarian dan muzik lebih berkembang cepat berbanding dengan kita yang punya gaya hidup lebih membawa kepada permainan yang berbentuk pergerakkan permainan.

Kalau tanya aku...dalam bab lagu nie...paling aku minat...korang gi Rajasthan. Terutamanya, ke kawasan padang pasir...tanah gurun...cumanya, jangan ler pergi time musim panas...kompom terbakar kulit. Pergi time sejuk...macam sekarang nie sesuai sangat kalau nak gi area Rajasthan cam Jaipur ker, Jashelme er...Udaipur ker...

Muzik diorang nie...kalau dilayan...macam ada ala-ala rentak zaman-zaman P Ramlee pun ada. Syok lah kalau layan...

Kebanyakkan muzik-muzik yang ada di India (tradisional) nie banyak dipengaruhi unsur-unsur alam. Macam alunan bunyi angin...pokok...binatang...dan lain-lain...bila di satukan, ianya menjadi halwa penyedap telinga. Sebab banyak dipengaruhi persekitaran alam nilah tak keterlaluan kalau aku kata...muzik tradisi di India nie pun leh jadi terapi. Dari Utara sampai ke Selatan...setiap negeri...daerah...kawasan ada jer kelainan elemen dalam muzik yang dimainkan.

Ramai anatara kita mungkn ingat muzik India nie banyak yang main alat muzik sitar dan tabla...Sebenarnya terlalu banyak alat lain yang ada dalam boleh dimainkan untuk bermuzik di India nie. Aku plak tak suka dengar bunyi sitar...walaupun orang-orang lama suka nak layan bunyi sitar nie....pada aku bunyi muzik yang dimainkan dengan sitar nie menyeramkan aku. Entahlah...aku tak leh masuk dengan sitar nie.

No comments:

Post a Comment