Thursday, October 30, 2008

Chapter 02: Fakir, Miskin, dan Kedana

Dari sehari ke sehari aku melihat perkembangan politik di Malaysia. Banyak perkembangan yang menarik dapat dilihat hasil tontonan lakonan ahli-ahli politik di negara tercinta. Sekarang ini untuk pemilihan UMNO, sedang heboh memperkatakan tentang politik wang. Kebanyakkan Dewan Negeri pula sedang mula membahaskan bajet negeri masing-masing.

Untuk tulisan kali ini aku suka untuk memperkatakan isu yang sedang dimainkan oleh kerajaan di Malaysia (samada Persekutuan ataupun negeri) dalam membasmi masalah kemiskinan. Kalau di India ini, kemiskinan boleh dianggap krisis nasional. Kerana terlalu banyak orang miskin. Terlalu ramai yang fakir. Terlalu panjang senarai yang kedana kalau dibuat. Bayangkan kalau dikatakan kadar kemiskinan di India adalah 30 peratus. Jadi 30 peratus dari 1.4 billion jumlah penduduk dah berapa. Tak ker masih berjuta-juta jumlah penduduknya yang dalam kategori miskin. Bukan sikit !!! Berjuta dia lebih ramai dari jumlah penduduk ASEAN !!!

Apabila memperkatakan usaha untuk memajukan golongan kurang berpendapatan. Sebenarnya di India ini, kerajaannya menghadapi masalah besar untuk memajukan golongan ini. Kerana golongan ini bukan sahaja golongan yang dalam kategori kurang berpendapatan. Tetapi, ada yang boleh dikatakan tiada pendapatan langsung.

Dengan jumlah agihan yang terlalu panjang senarainya, tidak memungkinkan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik. Ditambahkan lagi India memang terkenal dengan budaya RASUAHnya. Ini satu hakikat yang bukan aku reka-reka sendiri. Tetapi, perkara inilah yang pernah disampaikan oleh sesetengah individu yang aku kenal. Pernah aku bertanya kepada seorang pemandu teksi di India. Dialog yang telah dialih bahasa...-

"Berapa gaji Polis trafik itu ?" sambil aku menuding jari kepada Polis trafik yang sedang bekerja di tengah jalan yang sesak.

"Ooo...gaji dia sikit jer tuan. Mungkin dalam Rps3,000.00 atau paling banyak pun dia akan dapat Rps5,000.00" dia jawab dengan selamba. Maknanya adalah dalam RM280 ke RM450 hinggit saja...

"Uih...sikit sangat gaji dia tu...!!!" kata aku dengan nada terkejut.

"Memanglah...sebab tu Polis kadang-kadang tak pernah disoal kalau mereka mengambil atau meminta RASUAH dari orang ramai..." Aku tak menjawab apa-apa. Cuma mampu terkejut sekejap.

So...kita nilailah sendiri. Macamanalah negara yang kaya seperti India ini nak maju dan dapat dimajukan kalau amalan rasuah ini dijadikan satu budaya yang kadang-kadang aku rasa macam dihalalkan oleh pihak berkuasa di sini.

Begitu juga bila nak dekat musim pilihanraya sekarang nie. Kalau di Malaysia budaya merasuah rakyat biasanya lebih lembut. Pemimpin yang bertanding akan membentangkan menifesto. Ya...dalam menifesto akan tercatit segala janji-janji manis yang bakal ditunaikan kalau mereka diberikan peluang untuk memerintah.

Tapi, di India lebih gentleman...tak perlu janji-janji. Belum mengundi lagi, ada kawasan yang akan diadakan satu sessi beramah mesra dengan pemimpin. Lepas tu, nah amik ko...tak der televisyen. Rumah yang tak der televisyen. Dibaginya televisyen. Ko tak der rumah. Esok datang orang hantar pekerja buatkan rumah untuk yang takder rumah (ini yang menyebabkan setingan banyak di India). Tak makan lagi, beras stok untuk setahun dihantar kerumah. Keluarga ko tidur atas jalan. Sekejap lagi ada yang hantar katil dengan tilam siap bantal untuk sekeluarga tidur dengan lena atas alas yang empuk. Rasuah diberikan secara terang-terang.
Di Malaysia...harap jer menifesto dijadikan sebagai sandaran rasuah. Tapi, bila dah diangkat memerintah. Segala janji hanya tinggal janji. Buat-buat lupa. Menifesto hanya jadi idea sembrono. Sebab itu aku kata ahli politik India lebih gentleman.

Aku melihat dunia politik hari ini banyak memainkan sentimen Mentaliti Fakir, Miskin, dan Kedana sebagai asas untuk membina pengaruh politik dalam masyarakat. Tidak kira dimana pun. Hakikatnya mereka menggunakan pendekatan sikologi yang sama sebenarnya.

Untuk tulisan akan datang, aku akan sentuh sinonimnya politik di India dengan Malaysia. Dan apa yang membezakan kedua-dua negara ini.


bersambung...

No comments:

Post a Comment