Thursday, October 30, 2008

Chapter 01: Fakir, Miskin, dan Kedana

Dalam banyak-banyak tulisan aku di sini (di www.myspace.com/loloqx) ada banyak cerita pasal orang yang minta sedekah yang boleh dilihat sekitar India. Kenapa aku kata India. Sebab aktiviti ini memang wujud diseluruh negara ini. Kadang-kadang aku hampir tidak faham dengan negara yang tengah aku duduk sekarang nie.

Bayangkan...Setiap apa jua barang yang kita beli. Apa jua perkhidmatan yang kita bayar. Sebenarnya kerajaan Persekutuan India akan mengenakan caj cukai (kalau kat Malaysia macam cukai perkhidmatan yang biasa kita kena tu...). Tak cukup dengan cukai tu. Kerajaan negeri juga akan mewajibkan pembayaran cukai untuk barang dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna. Bila dikira-kira jumlah cukai yang perlu pengguna bayar untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan tertentu, ia akan menjadi meningkat sebanyak sampai 32.7 peratus dari harga asal. Aku tipu ??? Tak...ini cerita betul. Kita kalau di Malaysia kita hanya dikenakan paling tidak pun 5 peratus or abis kuat pun 15% (biasanya kalau dok Hotel) untuk cukai yang kena dibayar untuk sesuatu produk.

Cuma aku bukan nak bangkitkan jumlah peratusan cukai yang kena bayar di sini. Tetapi, aku nak kita sesama fikir satu lagi perkara yang boleh dijadikan iktibar untuk rakyat Malaysia. Dalam keadaaan cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan yang tinggi. Rakyat di sini seakan sudah pasrah dengan apa yang dihadapi.

Aku agak musykil sedikit...Sebenarnya banyak kemusykilan yang aku cuba nak fikirkan. Sepatutnya dengan jumlah penduduk yang dah mencecah lebih 1.2 billion. Cukai yang dikenakan bermacam-macam dan tinggi-tinggi plak tu. Hasil kerajaan yang dimiliki dari sumber pendapatan cukai sepatutnya mampu dijanakan untuk pembangunan dan kemudahan warga negaranya. Okey...aku selalu katakan di India nie ramai yang miskin. Ramai yang merempat. Ramai yang makan atas ihsan orang lain. Tapi, kalau katakanlah suku rakyat India yang membayar cukai. Tak ker masih lebih dari 250 RIBU JUTA manusia. Dan cuba bayangkan berapa jumlah wang yang mampu dikutip untuk dijadikan hasil negara.

India dikatakan negara yang mengalami pembangunann ekonomi kedua terbesar di dunia selepas negara China. Memang betul. Kalau ikut report ekonomi India 2007. Rezab mata wang dollar SAHAJA dalam perbendaharaan diorang dikatan ada lebih 120 billion. Lebihan dagangan, ada dalam 300 billion dollar. Jadi...sepatutnya negara ini tidak punya masalah untuk dibangunkan dengan jumlah hasil kekayaan dan kekuatan wang yang ada dalam negara mereka. Itu baru sikit aku cerita tu...Belum hasil-hasil lain yang India ada. Belum lagi jumlah wang yang dibawa masuk oleh rakyat-rakyat India yang berada dimerata dunia bekerja diluar negara.

Bila perkara ini aku ajukan pada kawan-kawan India aku di sini. Masing-masing menuduh kerajaan mereka yang ada pada hari ini sememangnya bukanlah satu institusi yang boleh dipercayai atau boleh diharapkan. Jadi aku tanya balik, kenapa masa pilihanraya korang tak pilih parti yang boleh korang percaya. Diorang balas balik, siapa nak dipercayai dalam dunia politik India nie. Sesiapa pun yang bergelumang dalam dunia politik di India nie hanyalah mereka yang gilakan kuasa dan wang semata. Itu kata mereka. Aku cuma mendengar sahaja.

Tapi, bila dari sehari kesehari kalau diikutkan dunia politik di India nie. Aku rasa banyak perkara patut parti-parti politik di Malaysia pada waktu ini ambil iktibar oleh parti-parti politik di Malaysia.

Politik di India tidak banyak mencerminkan menifesto yang boleh menjurus kepada perkembangan pembangunan kemajuan kehidupan rakyat mereka yang ramai melarat. Pemimpin politik ini sedar akan hakikat negara India yang memiliki ramai peminta sedekah yang profesional dan menjadikan profesyen meminta sedekah ini sebagai alternatif sumber pendapatan mereka.

Paling ketara, sekarang ini tengah musim parti-parti politik berkempen untuk pilihanraya umum yang bakal dilangsungkan tak lama lagi. Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh parti politik lebih kepada menifesto untuk memperkuatkan undang-undang yang berkaitan dengan pengganas. Cerita pasal kerajaan sekarang yang dikatakan tidak adil pada parti politik pembangkang. Pergaduhan antara kerajaan dengan pembangkanglah. Pembangkang kata kerajaan kejam dengan membunuh penyokong pembangkanglah. Pendek kata...cara pemimpin politik di sini berkempen lebih kepada mendedahkan keburukan pemimpin lain berbanding dengan menyatakann hasrat hati mereka untuk memajukan rakyat dalam wadah perjuangan politik mereka.


bersambung...

No comments:

Post a Comment