Tuesday, May 31, 2011

Cash on Delivery

Bukan nak menunjuk-nunjuk...tapi just nak share satu cerita yang aku rasa bagus untuk di kongsi.

Minggu lepas aku gi jejalan ke shopping kompleks. Tengah bawak duit adalah lebih sikit...anak aku dok berkenan dengan game XBox kenect. Bukan anak jer yang berkenan. Bapak die pun naik syok plak nengok demo. Dalam hati, best gak nie kalau sambar bawak balik rumah. Leh buat senaman kat rumah.

Nah...kopak jugak duit aku hari tu. TERbeli gak game kenect XBox...tapi since CD game tak banyak available di shopping kompleks tu...aku dok surf di internet keesokkan harinya.

So, nak dijadikan cerita. Aku tau kat India nie memang femes sistem perniagaan Cash on Delivery. Cari punya cari aku jumpa, CD game untuk kenect XBox di satu website nie kat flipkart.com. Isi borang, aku buat payment cara cash on delivery.

Paling aku suka...perhhh!!! very efisien...email bagi tau barang sedang dalam proses penghantaran terus sampai kat phone n email aku within 10 second jer lepas submit order.

Alih-alih keesokan harinya. Bini aku bagi tau, barang dah sampai. Cepat sungguh n very puas hati. Paling best...diskaun harga barang yang korang order lebih murah order di flipkart.com.

Sebenanrya flipkart.com nie bukanlah satu-satunya website yang menyediakan perkhidmatan Cash on Delivery (CoD) di Inida nie. Banyak lagi sebenarnya...macam-macam barang kite leh beli di sini. Hand phone, gejet eletronik, buku, alatan rumah macam-macam lagi lah. Dan hampir semua barang yang ditawarkan lebih murah dari apa yang ditawarkan di pasaran biasa.

Paling aku suka sistem cara beli macam di flipkart nie...Korang hanya perlu bayar bila barang dihantar di depan pintu rumah. Biasanya kalau koita beli barang di internet, kita kena bayar dengan masukkan pin no kad kredit or debit kad kan...But, CoD nie memang amat memudahkan korang dalam mengawal perbelanjaan benda-benda yan tak penting macam aku beli nie.

Aku dok terfikir, kat Malaysia nie tak de ker CoD business eh...kalau kita explore agak-agak leh maju tak business cara CoD nie...

1 comment:

  1. Rasanya kat Malaysia takde lagi yg COD ni... takut kena tipu kot... semua kena bayar dulu, baru barang hantar... mcm kat www.lelong.com.my

    ReplyDelete