Thursday, July 21, 2011

Selamat ker Kalau nak Datang India nie ?

Ramai yang mula berasa India sudah tidak selamat untuk dikunjungi. Semuanya gara-gara kejadian bom di Mumbai baru-baru ini. Satu dunia tahu kejadian yang meragut ramai nyawa insan yang tidak berdosa. Bukan satu bom...tapi, tiga bom meletup menggegarkan bumi metropolitan Mumbai.

Takut...Bimbang...Gusar...Tak berani nak datang India !!! Perasaan ini pastinya timbul dikepala pada yang tidak mengenali senario semasa di India. Ibu bapa aku juga pada mulanya risau bila mengetahui tentang kejadian letupan bom tersebut. Aku suka bertanyakan kembali pada yang berasa ragu-ragu dengan keselamatan di India nie...

Apa definasi "SELAMAT" dalam kamus diri kita ?

Kalau kita berjalan-jalan di Kuala Lumpur sekarang...dari berita-berita yang aku baca di on line...banyak juga kejadian ragut berlaku di kawasan awam. Perhimpunan yang menggelarkan diri mereka "BERSIH"...telah menyebabkan persepsi masyarakat dunia mula menyamakan Malaysia dah sampai tahap sama dengan politik di Thailand. Kejadian samun juga aku dapat tahu makin menjadi-jadi di Malaysia. Apakah negara kita selamat ? Apakah India lebih teruk dari Malaysia ?

Pada aku, kalau kita nak kemana-mana sekali pun...janganlah elemen keselematan itu diambil mudah. Tak kira samada India atau di mana-mana sekali pun. Nasihat aku, jangan takut dengan apa yang korang baca atau dengar. Perkara paling penting, kalau datang ke India nie...kita perlu tahu bagaimana nak menghindarkan diri dari terlibat dengan perkara-perkara yang tidak di ingini. So, aku kongsikan beberapa tips berjaga-jaga sebagai panduan kepada mereka yang nak datang ke India nie...Walaupun apa yang aku berikan ini bukanlah boleh menjamin korang dari terjebak dengan kejadian-kejadian yang tak di ingin...Tapi, Insya'Allah...inilah yang aku lakukan sebagai langkah-langkah berjaga di bumi yang penuh dengan berita sensasi.

1. Waktu untuk bershopping.

Kalau korang teliti...kebanyakkan kejadian-kejadian bom yang berlaku di India nie akan terjadi antara pukul 1 hingga 3 petang...atau 5 petang ke 8 malam. Jadi, kalau berhajat nak pergi membeli belah tu...cuba elakkan waktu-waktu nie. Kedai-kedai di India (New Delhi khususnya) dah mula dibuka seawal jam 11 pagi. Jadi kalau korang rasa nak beli barang tu...eloklah datang seawal mungkin ke kedai yang SUDAH DIKENAL PASTI. Terutamanya kalau melibatkan kedai-kedai yang terdedah di kawasan lapang (dalam hal ini aku maksudkan bukannya shopping mall). Mana cukup time kalau nak shopping sejam dua jer ?!!! Betul...aku tak nafikan. Tapi, atas dasar keselamatan mana lebih penting...shopping atau bombing ? Aku juga tak nasihat untuk korang pergi window-window shopping kat kawasan kedai yang terdedah nie...Risikonya masih ada. Terutamanya pada musim perayaan...semasa tempoh sambutan Hari Republik India, Hari Merdeka India, Deewali dan Krismas inilah musim-musim perayaan yang selalunya berlaku kejadian-kejadian berdarah. Bila tiba musim perayaan nie, kawasan shopping cam Sarojini, babu Market, Connought Place, Karol Bargh dan Khan Market selalu akan diletakkan dalam kawasan high alert.

Biasanya, waktu lunch hour atau waktu orang balik dari pejabatlah feverat pengganas nak buat kerja jahat mereka di India nie.

Bercakap tentang waktu nie juga, korang kena alert dengan berita semasa. Kalau ada amaran berjaga-jaga atau terdapat berita yang menceritakan pertelagahan puak-puak tertentu...Eloklah berjaga-jaga.

2. Lokasi lawatan.

Kalau korang kemana-mana, samada shopping atau tempat beribadat...cuba buka mata luas-luas...perhatikan sekeliling. Perkara utama dalam hal nie, kenal pasti samada lokasi tu banyak polis ke tidak. Pengganas biasanya akan mensasarkan kawasan yang banyak polis tapi sasaran utama mereka bukan polis...mereka lebih menjurus pada kawasan awam yang mana orang ramai tidak akan sedar dimana bom itu diletakkan.

Dalam hal ini, aku nasihatkan...kalau berjalan-jalan...cuba elakkan dari menghampiri tong sampah, rumah tempat letak sampah, kawasan tempat letak motorsikal dan kedai makan yang meletakkan tong gas di luar kawasan kedainya.

3. Nombor tepon High Commission

Ini perkara yang selalu sangat diambil mudah oleh rakyat Malaysia kalau pergi ke oversea...jangan lupa untuk catitikan nombor pejabat Pesuruhjaya Tinggi atau Consulat General kita di India nie. Jangan nanti kalau dah terjebak baru terhegeh-hegeh nak cari. Nampak cam tak penting...tapi, aku nasihatkan kalau dah kat negara orang...sapa lagi nak tolong kalau bukan mereka-mereka nie...Ingat...kalau jadi apa-apa kat India nie...birokratik di sini cukup kuat. Tak der sapa boleh lawan unless kalau korang rakyat US or UK or Israel tu lain lah...

Kalau berjalan-jalan di India nie...tak payahlah nak bawak passport tu ke hulu hilir...Cukup kalau korang bawa photostat tang muka depan dengan Visa. INGAT !!! kalau hilang duit ngan kad kredit tak per lagi...kalau passport hilang...korang leh hilang akal nanti di sini. percayalah...

4. Local phone.

Kalau korang pakai handphone line telco Malaysia...make sure korang bukak roaming international. Kalau pakai local India nye line...yang prepaid tu...isi banyak-banyak sikit. Mana tau kalau emergency nak call orang kampung. Aku ingat juga, selalunya kalau ada kes bom-bom nie...India nie macam ada teknologi untuk sekat semua line kat kawasan sekitar yang terlibat dengan kejadian bom. Aku cerita nie base on pengalaman aku juga masa 2008. Lima bom meletup dalam tempoh setengah jam...alih-alih handphone aku tak der coverage. So, elok juga stand by sim card Malaysia kalau ke India nie...Bawak jer...

Lain-lain tu doa dan sentiasalah letakkan diri kita berjaga-jaga. Macam aku beritahu kat atas...tak semestinya di India nie...dimana-mana sekalipun kita perlu letakkan diri kita senantiasa berjaga-jaga bila di negara orang.

No comments:

Post a Comment