Monday, July 11, 2011

Demam

Herrrmmm....aku baru jer baik dari demam. Syukur alhamdulillah...sekarang sudah kembali semula menjalankan tugas seperti biasa. Terima kasih pada yang tak putus-putus meng email kepada aku untuk bertanyakan terntang cerita seterusnya. Maaf...kesihatan buat aku perlukan rehat.

Asalnya, aku dah mula naik cuak sebenarnya...badan seram sejuk...sendi-sendi dah mula mencucuk-cucuk...Apa...aku diserang denggi ?!!! Pergi ke doktor dia bagi deskripsi ubat. Dia kata...kalau tak ok kena buat ujian darah.

Aku nak cerita kat korang...di New Delhi kalau ke klinik. Kita jumpa doktor HANYA untuk dapatkan consultation dari doktor SAHAJA. Die check mana yang patut, dia tanya, kita jawab, check lagi...then, die kuar kertas tulis deskription ubat yang kena kita dapatkan kat farmasi mana-mana.

Lain di Malaysia, kat situ klinik...kat situ juga doktor jual ubat sekali kat klinik. Kat sini, klinik tak jual ubat. Unless kalau kita gi hospital.

Ubat di India nie plak janganlah sesekali ragu-ragu...aku rasa lebih better dari kita di Malaysia. Kalau kita demam, biasanya ubat tu pakej sekali boleh dipakai untuk selsema. Tapi, ubat di sini lebih spesifik. Kalau demam tu...demam cam ner...demam sebab viral, or sebab hujan, or sebab memang badan kite lemah...kena spesifikkan depan doktor. Antibiotik takkan dibagi kalau doktor rasa kita still boleh berjalan. Kalau kat Malaysia aku rasa dah kena telan dah antibiotik nie.

Baru baik demam nie...aku simpan 2 3 cerita dulu...nantilah...bila badan dah sehat betul kepala otak aku dah stabil dengan denyut-denyut sakit nie...aku sambung 2 3 cerita yang lepas-lepas eh...

No comments:

Post a Comment