Wednesday, July 13, 2011

10 Perkara yang Mungkin Anda Pernah Dengar Tentang India

Jadi anda hendak bercadang untuk datang ke India. Bagi yang pertama kali ingin sampai ke tanah besar yang penuh dengan mitos-mitos akal fikiran...pastinya anda akan melakukan kajian dan serba sedikit kaji selidik bukan ? Anda telah melakukan kajian anda ? Anda sudah tahu dan mahir tentang India. Tetapi, jangan terkejut seandainya...India masih mampu memberikan kejutan demi kejutan. Berikut aku kongsikan beberapa perkara yang mungkin boleh mengubah beberapa tanggapan korang tentang India yang aku kenali ... anda berfikir!

1. India merupakan salah satu negara yang begitu besar

Ini fakta asas yang selalu bermain difikiran orang yang pertama kali sampai melihat India melalui mata sendiri. Sekiranya kita diizinkan untuk menjelajah India, kita akan dapati bahawa India sebenarnya seakan-akan sebuah benua yang besar dan bukan lagi sebuah negara. Aku ambil contoh paling mudah, dibahagian selatan kalau kita sampai ke salah sebuah negeri yang dinamakan Karnataka- negeri ini sahaja cukup unik...budaya, adat resam, dan bahasa yang digunakan oleh masyarakat yang menghuni negeri ini berbeza-beza sebenarnya.

Paling ketara bab pertuturan percakapan mereka, di Karnataka (kita mungkin menganggap mereka akan bertutur dalam bahasa tamil) Tetapi, kalau diamati dan dengar betul-betul, bahasa yang digunakan bukanlah Kannada, bukan Hindi, bukan Konkani, bukan Tulu, tetapi bahasa baru yang dipanggil Kodavatakku.

Kalau kita berjalan dari mana-mana titik permulaan di India, setiap 100 km- kita akan berpeluang untuk bertemu dengan masyarakat yang mengamalkan pertuturan yang berbeza...mereka masih orang India...mungkin budaya dan adat yang diamalkan masih hampir sama...Tetapi, bahasa komunikasi mereka kadang-kadang mereka sama sendiri pun tak faham.

2. India panas

Kalau musim panas tu memanglah panas....dari Rajasthan membawa ke Punjab dan Utara Timur...suhu memang boleh menjadi panas.

Bahagian selatan biasanya cuaca seakan sama dengan apa yang kita alami di malaysia...panas dan hujan sesekali. Sebab itu aku pernah bagi tahu, kalau nak datang ke India cuba elakkan bila tiba masa musim panas yang selalunya akan berlaku dari mulan April hingga akhir Jun.

3. India bumi spiritual rohani

Tidak dinafikan, bumi inilah menjadi pelopor pada agama Veda, yoga, karma dan meditasi.
Setiap apa pun elemen kehidupan akan dianggap perlu dijaga jangan dilakukan kerosakan...atas alasan itulah korang akan lihat dan terfikir...kenapalah ada pokok kat tengah-tengah jalan ? kenapalah dahan pokok yang agak mengerikan (bukan sebab seram) nak jatuh pun masih dibiarkan ? lembu masuk kawasan membeli belah...kedai-kedai...takkan dihalau...semuanya ini panorama yang membawa kenangan dalam perjalanan korang di India nanti.

4. India dipenuhi dengan serangga yang membawa penyakit yang berbahaya

Yeap !!! Tidak dinafikan...kalau di Malaysia malaria mungkin dah pupus...tapi di sini masih berleluasa. Bila tiba musim hujan (monsoon) Nah...!!! amik ko !!! serangan nyamuk memang menyakitkan jiwa bila tidur. Kadang-kadang kalau menginap di hotel 5 bintang pun tak menjanjikan kita bebas dari gangguan nyamuk.

Tak cukup dengan itu, kalau berjalan-jalan di sekitar bandar...awas dengan tikus-tikus yang menjadi peneman kalau kita pergi ke tempat yang tak tentu hala.

Nasihat aku...pandai-pandailah bawa diri...

5. Air mampu mengcukar kacirkan kehidupan anda

Demi Keselamatan dan keselesaan perut anda...pastikan anda tidak pergi ke mana-mana tanpa botol air mineral yang tergenggam di tangan anda.

Pastikan korang memilih air minuman yang betul-betul jernih...kadang-kadang dalam air botol tu sendiri kita leh nampak keladak...Bisleri paling murah untuk korang munum dan selamat. Kalau ada duit lebih tu...Avion ler...But, paling selamat juga elok cari air distil water...

6. India, indah gambar dari khabar

Satu jer nasihat aku pada yang firstimer...beli dan dapatkan buku "lonely planet" yang paling latest dan ada testinomi yang terkini.

Janganlah sesekali korang terpedaya dengan gambar-gambar di internet or buku-buku yang entah sapasapatah yang keluarkan. Selalu sangat kawan-kawan aku yang datang sini berasa kecewa bila sampai ketempat-tempat yang konon-kononnya cantik digambar yang pernah mereka lihat. Hakikatnya, gambar tu diambil entah bila-bila tahun nya...don't judge the book !!!

7. India nie freindly

Opsss...kalau korang ada kawan yang dikenali disini...ok fine...but, kalau dalam kepala otak tu dah pikir nak buat huha huha dengan orang-orang di sini (terutamanya gadis-gadis India)...AMARAN !!! jadi apa-apa kat korang tanggung sendiri. Kalau kena tangkap...silap-silap batu nesan korang pun tak jumpa di India nie...it's not a joke !!!

8. India bertutur dalam Bahasa Inggeris yang lucu

Tak juga...kadang-kadang mereka boleh bertutur sebijik cam American or British essence. Cuma yelah...macam kita gak...ramai juga yang broken...But, aku selalu nasihatkan...make sure korang jangan sesekali gunakan bahasa Inggeris yang terlampau tinggi...kadang-kadang (selalunya...) bila diorang nie kata "Yes sir... or yes ma'am..." kita ingat dia faham apa yang kita cakap. But hampeh...lain yang kita cakap lain yang die faham...

9. India murah

Semua orang tahu itu. Kagum dengan memurahan barangan di India...suatu ketika dahulu dunia kecoh dengan kereta Tata Nano...RM6,800.00 lebih kurang dah boleh dapat sebijik kereta...Kalau korang nak tau, dengan harga semurah itu kita sebenarnya membayar...sebuah kereta dengan tiada aircond, tiada radio, tak dak power stering, tak der power window, ruangan untuk kaki tiada, bootspace tiada, seat...bukan kulit entah kain apa tah. Oh, dan enjin tidak praktikal...macam enjin motor vespa korang tau...apa yang aku nak sampaikan...ada barang memang murah giler kat India nie...tapi, kenalah dengan expectation...dah beli murah tu...kenalah dengan kualitinya...

Tak semua barang kat sini murah...ada yang boleh jadi melampau mahalnya...

10. Dan akhirnya, India...Incredible Indi Yeah !!!

Kalau berjalan di India...kenalah dengan hati dan pemikiran yang terbuka...terima dengan seadanya setiap hidangan mata yang korang nampak...jangan gelak, jangan ketawakan mereka.

Budaya mereka di sini berbeza dengan kita. Ada yang boleh kita terima...ada yang tak masuk akal pun selalu berlaku. Kalau aku tak tuliskan satu persatu...makin panjang jadinya...

Apa yang boleh aku katakan...bumi India nie memang menakjubkan kalau kita melihat dengan mata hati, fikir dengan akal campur amaginasi.

1 comment:

  1. alamak ngorat awek diaorang takleh?..baik negeri omputih atau indon lagi bagus kot...

    ReplyDelete